Ayam Goreng, Burger dan Pizza dalam satu menu, bekas peguam lancar jenama fastfood tempatan MyBaik

Dari Penulis

Memilih gabungan tiga menu utama dalam restoran miliknya, pengasas jenama makanan segera tempatan MyBaik, Datuk Hifdzi Hamzah mahu menampilkan kelainan dalam memenuhi selesa pelanggan.

Jelasnya, MyBaik menjadi rangkaian fastfood pertama di Malaysia yang menyatukan tiga pilihan hidangan utama iaitu ayam goreng, burger dan pizza di bawah satu bumbung.

“Idea ini muncul daripada pemerhatian ringkas di mana setiap ahli keluarga punya selera berbeza, namun tetap mahu makan bersama di satu meja. Oleh itu, kami zahirkan menu kegemaran ramai, Family Platter MyBaik yang menghimpunkan ketiga-tiga hidangan ini dalam satu set besar yang bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga meraikan momen kebersamaan keluarga moden,” katanya kepada media sewaktu pelancaran MyBaik.

Hifdzi turut berkongsi kisah disebalik pemilihan nama MyBaik yang disifatkan sebagai nama yang mempunyai makna yang luas dan mudah diingati.

“Setiap kali saya ke Mekah, saya kagum bagaimana rakyat Arab bangga dengan Al-Baik. Dari situ saya tertanya, bila pula kita di Malaysia akan ada jenama yang kita boleh banggakan bersama?

“‘Baik’ melambangkan tiga nilai teras yang menjadi nadi perniagaan ini iaitu rasa yang baik, layanan yang baik dan niat yang baik untuk membangunkan ekonomi anak tempatan.

“Setiap resepi MyBaik dibangunkan oleh pasukan chef dan anak muda Malaysia yang memahami selera tempatan dengan rasa pedas yang sedang-sedang, ayam yang rangup sempurna dan sos yang ‘kena di tekak’. MyBaik bukan tiruan mana-mana francais luar. Ia 100 peratus lokal, Muslim dan Malaysia,” tambahnya.

Menyentuh perihal latar belakangnya sebagai seorang bekas peguam korporat, jelas Hifdzi, dia memilih apron dan minyak panas sebagai simbol fasa baharu hidupnya selepas lebih dua dekad mengemudi urusan korporat dan pelaburan.

“Kerjaya sebagai peguam membolehkan saya punya ramai kenalan daripada pelbagai latar dan saya gunakannya untuk membina satu perniagaan yang lengkap dengan sistem,” katanya lagi.

Lebih daripada sekadar restoran, MyBaik memperkenalkan konsep License-Partnership berasaskan prinsip Musyarakah iaitu satu model perniagaan patuh syariah yang membolehkan rakyat Malaysia menjadi rakan niaga dengan modal serendah RM50,000 tanpa perlu terlibat dalam operasi harian.

Segala urusan pengurusan, latihan dan pemasaran dikendalikan sepenuhnya oleh HQ melalui Akademi MyBaik, menjadikannya peluang pelaburan mesra risiko dan mudah diakses oleh lebih ramai usahawan baru.

“MyBaik hadir bukan sekadar untuk mengenyangkan perut, tetapi untuk membina ekonomi umat Islam. Saya mahu ramai rakyat biasa menjadi luar biasa melalui peluang ini,” jelasnya lagi.

MyBaik kini merancang membuka cawangan kedua di Presint 15, Putrajaya menjelang akhir tahun, sebagai langkah awal menuju pengembangan ke seluruh negara. Dan menyasarkan pembukaan 20 outlet di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2026, sebelum meluaskan sayap ke Sabah dan Sarawak pada tahun berikutnya.

Setiap cawangan bakal mengekalkan DNA yang sama iaitu lokal, moden dan membanggakan Malaysia.

“Kalau orang luar boleh bangga dengan jenama mereka, kenapa tidak kita? MyBaik ialah langkah pertama untuk membina keyakinan bahawa kita juga mampu mencipta sesuatu yang hebat, bermula dengan satu rasa yang baik,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Taufik dan Azlina jadikan Bustana Kucing sebagai ‘rumah perlindungan’ 1,600 ekor kucing jalanan

AKSINYA yang manja dan ada kalanya nakal, menjadikan makhluk berbulu ini sering menjadi haiwan peliharaan yang bukan sahaja sebagai...

More Articles Like This