Hock Kee Kopitiam, sentuhan tradisi Malaysia di tengah kosmopolitan Bukit Bintang

Dari Penulis

Di tengah denyutan nadi Bukit Bintang, aroma kopi pekat dan roti bakar panas kini mengisi udara menandakan kehadiran Hock Kee Kopitiam, yang baru sahaja melancarkan cawangan ke-13 dan kedai perdananya di Kuala Lumpur.

Dari asal sebuah kopitiam tempatan di Johor Bahru pada tahun 2018, Hock Kee kini melangkah ke Segitiga Emas Kuala Lumpur, menawan ruang ikonik di Hotel Ansa Bukit Bintang, lokasi yang tidak sekadar strategik tetapi simbolik bagi jenama yang berpaksikan semangat Malaysia.

Pengasas Hock Kee Kopitiam, Nick Ng berkata, dia menekankan misi jenama untuk menyatukan komuniti melalui satu bahasa universal iaitu makanan.

“Kami mahu membawa cita rasa Malaysia lebih dekat ke rumah, tidak kira di mana pun rumah itu berada.

“Sama ada anda penduduk tempatan atau pengembara, kami mahu anda berasa terhubung melalui hidangan nasi lemak atau secawan kopi yang dinikmati bersama di meja yang sama. Itulah makna sebenar Hock Kee,” katanya.

Cawangan baharu ini bukan sekadar ruang menjamu selera, namun ia adalah manifestasi semangat “Muhibbah” Malaysia, yang meraikan keharmonian dan kebersamaan antara pelbagai bangsa dan budaya.

Dari reka bentuk dalaman yang hangat hingga variasi menu yang menepati pelbagai cita rasa dan keperluan diet, Hock Kee mencipta suasana yang mesra untuk semua.

Bella Astillah, Dari Perancis ke Bukit Bintang Demi Nasi Lemak Hock Kee

Majlis pelancaran di Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh penyanyi dan pelakon popular Bella Astillah, yang juga peminat setia jenama ini.

“Saya sebenarnya pelanggan tetap Hock Kee Kopitiam. Baru-baru ini saya ke Perancis untuk bekerja dan antara perkara yang paling saya rindukan ialah nasi lemak dan laksa mereka. Bila pulang ke tanah air, itulah hidangan pertama yang saya cari, aroma dan rasanya memang mengingatkan saya pada rumah,” kongsi Bella.

Sempena pembukaan kedai perdananya, Hock Kee memperkenalkan beberapa menu istimewa baharu termasuk Mee Udang Hock Kee,  Mi Hor Fun Udang Segar Berkeju, Mi Tiram Reneh, Mi Hor Fun Kuah Jernih Udang dan Ayam Lembut dan Mi Wantan Sos Merah, satu hidangan unik yang jarang ditemui di Kuala Lumpur.

Untuk mereka yang sentiasa sibuk, outlet ini dilengkapi dengan kiosk tempahan sendiri, kaunter khas untuk bawa pulang, serta kaunter tart telur yang baru dibakar.

Antara pilihan menarik termasuk tart klasik, matcha, durian, taro, dan kari kentang. Cukup sesuai sebagai kudapan dalam perjalanan atau oleh-oleh buat rakan pejabat.

Dalam tempoh lapan tahun, Hock Kee terus memperkenalkan hidangan baharu yang menggabungkan cita rasa klasik Malaysia dengan sentuhan moden, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berkumpul.

Pembukaan cawangan Bukit Bintang bukan sahaja menandakan tonggak pertumbuhan Hock Kee Kopitiam, tetapi juga simbol aspirasi jenama ini untuk memperkenalkan cita rasa asli Malaysia ke seluruh dunia.

Menjelang akhir 2025, Hock Kee menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara dan terus menjadi tempat pertemuan mesra untuk penduduk tempatan dan pengembara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This