Tastefully Thai, dari Tom Yum Kelapa Muda ke Pulut Mangga, Sajian Thai penuh aroma di DoubleTree Putrajaya

Dari Penulis

Tak perlu terbang jauh untuk menikmati keenakan makanan Thai yang asli. Sepanjang bulan Oktober ini, restoran Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside membawakan pengalaman kulinari istimewa bertemakan “Tastefully Thai”, yang menjanjikan gabungan rasa pedas, masin, masam dan manis, persis di Bangkok!

Bufet makan malam ini hanya berlangsung setiap Jumaat dan Sabtu, dari 6.30 petang hingga 10.00 malam, dengan harga RM148 bersih bagi dewasa dan RM74 bagi kanak-kanak.

Secara peribadi, Wanita sangat sukakan Khanom Pang Sangkaya, Kerabu Megi, Pad Prik Pao dan Pad Pong dimasak panas bersama seafood yang cukup segar. Tidak dilupa Tom Yum Kelapa Muda yang dihidang panas-panas dalam kelapa segar untuk mengekalkan aroma dan rasa asli Thailand.

Antara hidangan lain yang menjadi tumpuan termasuk Tom Yum berperisa kaya dengan makanan laut segar, Nasi Goreng Nanas yang dimasak secara langsung oleh chef dengan sentuhan tropika, serta Mango Sticky Rice yang manis berlemak dan cukup sempurna sebagai pencuci mulut.

Menariknya, setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan segar dan ramuan asli dari Thailand, bagi memastikan setiap suapan mengimbau kehangatan dan keramahan budaya negara Gajah Putih itu.

Setiap hidangan membawa cerita tentang rasa, kesegaran dan keikhlasan dalam memasak dan bufet ini disifatkan sebagai penghormatan kepada warisan gastronomi Thailand.

Selain hidangan Thai, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai hidangan Nusantara antaranya Nasi Lemak, Dimsum, stesen India dan paling menarik mestilah ‘kids corner’ yang menawarkan pelbagai jenis manisan dan pastry.

Jadi, bagi anda yang ingin menikmati suasana santai sambil menjelajahi pelbagai rasa eksotik, Tastefully Thai Dinner Buffet ini adalah pilihan yang tepat.

Datang bersama keluarga atau rakan dan nikmati perjalanan gastronomi yang berani, tanpa perlu pasport!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This