Menteri Pendidikan, Timbalan ambil tanggungjawab isu keselamatan di sekolah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek berikrar untuk mengambil tanggungjawab susulan beberapa kejadian jenayah membabitkan pelajar yang berlaku baru-baru ini.

Fadhlina menerusi hantaran di media sosial beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) komited melaksanakan reformasi keselamatan dan kesejahteraan di semua institusi pendidikan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang pada masa depan.

“Saya dan timbalan saya (Wong Kah Woh) akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden ini. Kami akan lakukan yang lebih baik selepas ini.

“Kita akan terus menambah baik langkah keselamatan dan memperkukuh budaya keprihatinan di sekolah. Reformasi ini akan dilaksanakan secara bersama, dengan sokongan guru, ibu bapa dan komuniti,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau amat sedih apabila melihat para guru dalam keadaan lara dan gundah menangisi tragedi kematian seorang pelajar perempuan yang maut ditikam dalam kawasan sekolah, baru-baru ini.

Fadhlina menyeru semua guru untuk bersabar dan bersama-sama menghadapi ujian yang berlaku.

“Insya-Allah kita sama-sama berdoa dan berusaha keras agar usaha untuk melakukan yang terbaik untuk terus mendidik dan memastikan anak-anak dan warga sekolah kita terus selamat dan sejahtera di sekolah.

“Buat guru-guru yang amat kami kasihi, Sabar, kuat semangat dan teruskan mandat pendidikan kita. Tunai tetap kami tunaikan!

“Buat Ibu bapa yang sentiasa menitipkan semangat dan sokongan, terima kasih yang tidak terhingga. Bantulah kami dengan apa cara sekalipun, demi anak-anak kita. Sokongan dan perhatian Ibu bapa ketika ini amat penting untuk kami bina semula kekuatan dan ruh sekolah ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This