SEBANYAK 321 pasukan penyelidik dari 10 buah negara menyertai program Science Castle Asia 2025 dengan tujuan memperkasakan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan belia.
Timbalan Pengurus Besar Senior (Servis Makanan dan Pemasaran) Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Lee Soon Howe berkata, program itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan berterusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan Leave a Nest Malaysia untuk menyediakan platform antarabangsa kepada pelajar sekolah di seluruh Asia untuk membentangkan penyelidikan saintifik mereka.
Jelas beliau, antara penyelidikan saintifik itu adalah usaha menangani cabaran globak dab komuniti melalui pembentangan poster, lisan serta kilat.

”Ajinomoto (Malaysia) Berhad kini meluaskan sumbangan ke peringkat Asia dengan memperjuangkan integrasi sains, inovasi dan kemampanan merentas sempadan.
”Melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama (ASV) Kumpulan Ajinomoto, syarikat ini terus memveri inspirasi kepada saintis dan penyelidik muda untuk mencipta impak sosial yang positif melalui sains dan teknologi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir ke program Science Castle Asia 2025 di Cyberjaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Soon Howe berkata, antara fokus menarik dalam program kali ini ialah Geran Science Castle oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
Jelas beliau, geran itu adalah program lima bulan yang membimbing pelajar terpilih daripada 10 buah sekolah di seluruh Malaysia dalam membangunkan dan memperhalusi idea penyelidikan mereka di bawah bimbingan pakar daripada Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan Leave a Nest Malaysia.
”Pasukan pemenang akan menerima lawatan sambil belajar yang ditaja sepenuhnya ke Science Castle World 2025 di Tokyo, Jepun bagi mewakili Asia di pentas global.
”Ajinomoto (Malaysia) Berhad kekal komited untuk memperkukuh kerjasama antara pelajar, pendidik, penyelidik dan industri sekaligus memperkasakan generasi masa depan untuk membina Asia yang lebiv mampan serta inovatif,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

