Dalam dunia suplemen herba yang sering dibanjiri oleh tuntutan keberkesanan tanpa bukti kukuh, jenama tempatan Naturmeric tampil berbeza dengan keberanian untuk meletakkan sains di barisan hadapan setiap produk yang dihasilkan.
Pengarah Penyelidik Naturmeric, Prof. ChM. Intan Safinar Ismail berkata, projek penyelidikan kunyit hitam yang diketui olehnya sejak tahun 2021 membangunkan satu inovasi kesihatan berasaskan Kunyit Hitam Tulen (Curcuma caesia) melalui penyelidikan saintifik dan perubatan moden.
Produk ini telah diuji secara saintifik di Makmal Penyelidikan Ubat dan Produk Semula Jadi, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kini Naturmeric bersama Sirim dalam meneruskan kajian saintifik terhadap tikus dan manusia.

“Naturmeric mengeluarkan produk berasaskan kunyit hitam di mana kunyit hitam ini sangat jarang didapati di Malaysia dan hanya boleh didapati di beberapa lokasi spesifik di India seperti Madhya Pradesh. Khasiatnya sangat banyak dan membantu merawat keradangan.
“Kami tidak pernah berhenti membuat kajian dan penyelidikan dan sekarang kami sedang menjalankan kajian bersama Sirim dan melihat ‘acute toxicity’ dalam jangka masa yang panjang. Kami perlu data ke atas tikus sebelum melakukan kajian ke atas manusia. Kami mengorak langkah sebagai pelopor ke atas kajian kunyit hitam di Malaysia.
“Kemudian kami akan lakukan kajian pra-klinikal ke atas zebra fish, sejenis ikan yang mempunyai genetik hampir 70 peratus seperti manusia, sebelum ke peringkat seterusnya,” jelas Dr. Intan.
Menyelami lebih jauh ke dalam falsafah syarikat, Intan Safinar turut menjelaskan bahawa keunikan Naturmeric terletak pada fokus lima teras yang diringkaskan sebagai QSECA iaitu Quality, Safety, Efficacy, Consistency, dan Accessibility.
“Bagi kami, sains dan keberkesanan tidak boleh dipisahkan daripada kualiti bahan mentah.
“Atas sebab itu, Naturmeric menubuhkan ladang kunyit hitam sendiri seluas 16 hektar di Kota Tinggi, Johor, memastikan bekalan bahan mentah yang konsisten serta mematuhi piawaian kualiti tertinggi sejak dari tanah lagi.
“Kajian kami dilaksanakan secara komprehensif merangkumi analisis fizikal, kimia dan genetik (DNA) bagi memastikan bahan mentah yang digunakan benar-benar tulen dan mempunyai profil fitokimia yang tinggi.
“Hanya spesies Curcuma caesia daripada keluarga Zingiberaceae digunakan dalam formulasi produk Naturmeric, satu spesies yang dikenali melalui isi berwarna ungu kehitaman dengan corak cincin di tengah, berbeza daripada kunyit biasa yang lazim digunakan dalam masakan,” jelasnya.
Kunyit Hitam terkenal sebagai salah satu agen penyembuhan anti-radang terbaik, yang membantu mengurangkan keradangan dan melawan radikal bebas, menyokong kesihatan jantung dan sendi, menguatkan sistem imun, serta meningkatkan tenaga dan ketahanan tubuh.
“Buat masa ini tidak dinafikan ramai pesakit kanser mengamalkan Naturmeric dan melihat keberkesanannya terhadap tubuh badan. Naturmeric tidak menyembuhkan, namun melihatkan kepada keseluruhan kesihatan sistem biologi tubuh badan.
“Penerbitan di India juga melihatkan kesan yang positif penggunaan kunyit hitam ke atas pesakit kanser cuma apabila bercerita mengenai kanser, keseluruhan system badan pesakit perlu sihat untuk melawan sel-sel kanser. Apa yang berlaku ialah kunyit hitam membantu meningkatkan kesihatan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Nursofia Zalkafli turut berkongsi bagaimana Naturmeric membantu memulihkan kembali tenaga dan tahap kesihatan anaknya, Sumayyah Harun,12, yang mengidap kanser otak.
“Satu ujian yang cukup besar buat kami sekeluarga apabila Sumayyah disahkan mengidap kanser otak dan telah merebak ke lapisan tulang belakang. Asalnya ia bermula dengan sakit tengkuk dan sakitnya tidak pernah baik. Jadi seorang doktor meminta kami membuat CT Scan dan MRI, terdapat sel kanser 5cm.
“Keadaannya waktu itu agak teruk juga kerana ketumbuhan telah menutup cecair otak dan bengkak. Malah sel menekan saraf mata sehingga matanya membengkak. Sumayyah juga hilang keseimbangan badan dan asyik terjatuh apabila berjalan.
“Sumayyah telah menjalani pembedahan dan menjalankan kimoterapi dan radioterapi serentak sebanyak 33 kitaran.
“Disebabkan saya juga seorang doktor dan ‘nutritionist’, pencarian menemukan saya dengan kunyit hitam dan sejak itu saya pastikan Sumayyah konsisten amalkan setiap hari. Alhamdulillah ia membantu memulihkan tenaga dan dia semakin aktif,” kongsinya.
Terdahulu, seiring dengan komitmen terhadap kesejahteraan holistik, Naturmeric turut menyokong kempen Pink October 2025 anjuran Pertubuhan Cahaya Hawwa, yang bertujuan meraikan kekuatan dan ketabahan wanita dalam perjuangan melawan kanser payudara.
Melalui kolaborasi ini, Naturmeric menzahirkan sokongan terhadap Nota PERCAYA Journaling Movement, satu inisiatif yang memupuk penyembuhan emosi, refleksi diri dan kesedaran mental melalui seni penulisan, muzik dan perkongsian kisah sebenar.

