Romantis habis! Fattah Amin & Amira Othman dirai Dalam ‘The Garden of Love FATTMIRA’, OST Poskad Cinta Dari Auckland cecah 20.1 Juta tontonan!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PASANGAN selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman diraikan dalam suasana romantis menerusi sesi eksklusif Hi-Tea ‘The Garden of Love FATTMIRA’ anjuran Usanita Sdn Bhd yang berlangsung di Ukays Hills, Bukit Antarabangsa pada 18 Oktober lalu.

Acara berkonsepkan taman cinta itu bukan sekadar meraikan pasangan pengantin baharu tersebut, malah menjadi simbolik kepada pelancaran rasmi lagu Always Will, runut bunyi (OST) telefilem Poskad Cinta Dari Auckland yang boleh ditonton di aplikasi Usanita TV (UTV).

Lagu ciptaan komposer terkenal Ajai itu dinyanyikan secara langsung oleh Amira pada majlis berkenaan, sekali gus menjadi persembahan istimewa yang dinantikan peminat. 

Menurut Pengasas Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan atau lebih dikenali sebagai Datuk Nana, acara tersebut turut menandakan pelancaran rasmi Usanita Entertainment, cabang kreatif di bawah platform UTV.

“Hari ini bukan sahaja kita meraikan cinta pasangan Fattah dan Amira yang juga wajah rasmi Usanita Group, tetapi turut memperkenalkan lagu pertama di bawah Usanita Entertainment iaitu Always Will.

“Telefilem Poskad Cinta Dari Auckland yang ditayangkan sejak 28 Ogos lalu menerima sambutan luar biasa dengan lebih 20.1 juta tontonan di aplikasi UTV dan pelbagai platform media sosial,” katanya.

Komposer Ajai mendedahkan inspirasi lagu tersebut datang daripada jalan cerita dan suasana penggambaran telefilem romantik berkenaan yang dilaksanakan di New Zealand.

“Saya hasilkan lagu ini berdasarkan sinopsis dan emosi penceritaan. 

“Dari awal saya sudah tahu kemampuan vokal Amira, jadi saya sesuaikan melodi dan nada untuk menyerlahkan keunikan suara beliau,” ujarnya.

Majlis penuh kasih itu turut dikendalikan oleh Awal Ashaari dan Yasmin Hani, dengan kehadiran pemenang serta pelanggan bertuah UTV yang memenangi cabaran di TikTok, portal Gempak dan radio ERA.

Antara detik mencuri tumpuan ialah segmen khas “FATTMIRA Love Story”, di mana pasangan ini berkongsi pengalaman awal kehidupan sebagai suami isteri.

Amira dalam nada ceria sempat berkongsi sisi peribadi suaminya yang penyayang dan matang.

“Fattah jenis yang tak suka panjangkan hal. Kalau saya merajuk, dia cepat-cepat selesaikan. 

“Dia akan cakap, ‘Dah lah, tak payah panjang-panjang.’ Saya pun cepat sejuk dan balas, okeylah selesai,” ujarnya sambil tersenyum.

Fattah pula menzahirkan harapan agar hubungan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Saya selalu cakap, isteri syurga. Itulah yang selalu saya cakap pada Mira. 

“Semoga  jodoh kami sampai syurga,” katanya ringkas namun penuh makna.

Acara itu turut diserikan dengan persembahan daripada Sophia Albarakbah dan Nadeera Zaini yang menyampaikan lagu baharu mereka berjudul Peluk, menambahkan lagi aura romantis dan glamor majlis tersebut.

Tentang Telefilem Poskad Cinta Dari Auckland

Telefilem arahan Izuan Mokhtar itu menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Irfan Haris, Bell Ngasri, Umie Aida dan Izuan Mokhtar sendiri.

Ia mengisahkan kisah cinta yang bermula dengan sekeping poskad tersalah alamat sehingga mempertemukan dua jiwa di bumi indah New Zealand yang penuh emosi, nilai kekeluargaan dan pengembaraan jiwa.

Telefilem ini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi Usanita TV (UTV) yang menampilkan pelbagai kandungan tempatan berkonsep kekeluargaan, cinta dan nilai masyarakat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This