AFTS 2025 himpun penggiat filem & TV ASEAN, buka peluang kolaborasi antarabangsa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DUNIA perfileman dan televisyen Asia Tenggara bakal disatukan di bawah satu bumbung apabila ASEAN Film & TV Summit (AFTS) 2025  Series 2 dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober ini di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur, Bangsar.

Acara berprestij anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) itu bakal menghimpunkan penggiat industri utama termasuk penyiar, penerbit, kreatif, pembuat dasar dan pencipta kandungan muda dari seluruh rantau ASEAN.

Menurut penganjur, AFTS 2025 menjadi platform strategik untuk memupuk kerjasama serantau, memperkukuh jaringan industri, serta mempamerkan keupayaan dan potensi luar biasa industri kreatif ASEAN, terutama dalam kalangan generasi muda.

Fokus utama AFTS 2025 ialah Forum Penerbitan Bersama (Co-Production) yang akan berlangsung sepanjang hari, membincangkan idea baharu, perkongsian sumber dan peluang kolaborasi antara negara ASEAN.

Peserta akan berpeluang menyertai perbincangan panel, sesi jaringan profesional dan kajian kes industri bersama penerbit dan penyiar serantau termasuk RTM, Media Prima, Astro dan BERNAMA.

Acara tiga hari itu turut menampilkan pelbagai segmen menarik seperti:

  • Makan Malam Gala ASEAN yang meraikan budaya dan hospitaliti Malaysia;
  • Sesi Pitching B2B dan Co-Production bersama penyiar serta platform OTT serantau;
  • Forum Hala Tuju Industri Kandungan ASEAN dengan ahli panel pakar;
  • Lawatan rasmi ke RTM, Astro dan FINAS;
  • Penyertaan delegasi belia ASEAN melalui Virtual Film Lab dan showcase content merentas sempadan.

AFTS 2025 bakal menerima kehadiran lebih 200 peserta dan 20 organisasi penyiaran utama ASEAN dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Vietnam, Kemboja, Brunei dan Laos.

Dalam pada itu, PTVM turut akan menganjurkan ASEAN Film & TV Summit Pitch, di mana lima pemenang akan menerima dana insentif dan promosi antarabangsa bernilai sehingga RM50,000.

Butiran lanjut mengenai inisiatif Co-Production ASEAN akan diumumkan pada Malam Gala AFTS yang berlangsung pada 29 Oktober ini.

Dengan tema “ASEAN United – Kreativiti Tanpa Sempadan”, AFTS 2025 bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu gerakan kesatuan industri kreatif serantau yang menyatukan pembuat dasar, penggiat kandungan dan bakat muda di bawah visi yang sama memartabatkan suara budaya Asia Tenggara ke pentas dunia.

“AFTS 2025 meraikan inovasi, kreativiti dan semangat kolaborasi serantau. 

“Ia bukti bahawa ASEAN mampu berdiri setanding dengan industri global,” ujar wakil penganjur.

Dengan penyertaan besar-besaran dan semangat kesepaduan kreatif, ASEAN Film & TV Summit 2025 dijangka menjadi titik penting dalam membina masa depan industri filem dan televisyen ASEAN.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This