Inovasi baharu Mediheal: Koleksi PDRN dan Toner Pad popular Korea Kini di Malaysia

Dari Penulis

Jenama penjagaan kulit terkemuka dari Korea, Mediheal, terus memperkukuh reputasinya sebagai peneraju inovasi kecantikan apabila memperkenalkan dua rangkaian produk baharu iaitu Siri Penjagaan Kulit PDRN dan Mediheal Toner Pad sempena acara solo pertama jenama itu di Malaysia, dengan kerjasama Guardian Malaysia.

Pelancaran yang dianjurkan oleh Sammoor Beauty Sdn. Bhd., pengedar tunggal Mediheal di Malaysia, mengetengahkan tema “Our Solution, For All” di bawah konsep Mediheal Lab, yang melambangkan komitmen jenama tersebut untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan sains kepada semua jenis kulit.

“Mediheal sentiasa percaya bahawa penjagaan kulit perlu berasaskan sains, berkesan dan mudah diakses oleh semua. Kami teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaharu kami kepada pengguna Malaysia,” kata Nicole, wakil Sammoor Beauty Sdn. Bhd.

Siri Penjagaan Kulit PDRN, yang terdiri daripada Rose PDRN Essential Mask, PDRN Lifting Pad dan PDRN Serum diformulasi dengan bahan aktif PDRN (Polydeoxyribonucleotide) dan merupakan ramuan dermatologi berkuasa tinggi yang terkenal kerana keupayaannya mempercepatkan penjanaan semula sel kulit.

Bahan PDRN berfungsi pada tahap selular untuk membaiki tisu kulit yang rosak, meningkatkan keanjalan, serta mengunci kelembapan mendalam. Hasilnya, kulit menjadi lebih tegang, anjal dan kelihatan muda secara semula jadi.

Rangkaian ini sesuai untuk pengguna yang mencari solusi menyeluruh bagi masalah kulit kusam, kehilangan keanjalan, atau tanda-tanda penuaan awal. Teksturnya ringan, cepat meresap dan tidak melekit, menjadikannya sesuai untuk iklim tropika seperti Malaysia.

Selain itu, Mediheal turut memperkenalkan Mediheal Toner Pad, produk penjagaan kulit pelbagai fungsi yang kini mencipta fenomena global dan diiktiraf sebagai Toner Pad No.1 di Korea.

Keunikan produk ini terletak pada reka bentuk pad yang direka khas mengikut jenis formula, tidak seperti kebanyakan jenama lain yang menggunakan satu jenis pad untuk semua toner.

Setiap pad direka untuk mengoptimumkan penyerapan bahan aktif bagi hasil yang lebih efektif dan disesuaikan dengan keperluan kulit pengguna.

“Kami percaya setiap bahan aktif memerlukan jenis pad tertentu untuk meningkatkan keberkesanan formula. Toner pad Mediheal bukan sekadar toner, tetapi boleh juga digunakan sebagai mask pad segera untuk memberi hidrasi dan kesegaran tambahan,” jelas Nicole.

Mediheal Toner Pad hadir dalam beberapa variasi untuk pelbagai jenis kulit termasuk kulit kering, berminyak dan kombinasi, menjadikannya pilihan sempurna untuk rutin penjagaan kulit harian yang pantas tetapi berkesan.

Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurus Kanan Acara Guardian, Jennifer Wong berkata, kerjasama antara Guardian dan Mediheal selaras dengan matlamat syarikat untuk menjadi platform utama penyelesaian penjagaan kulit di Malaysia.

“Mediheal ialah antara jenama yang mencerminkan inovasi sejati. Kami berbangga dapat menjadi rakan strategik yang membawa teknologi kecantikan Korea ini kepada pengguna tempatan,” ujarnya.

Dengan lebih sedekad penyelidikan dan pembangunan, Mediheal terus menjadi pelopor dalam penjagaan kulit moden melalui gabungan sains dermatologi dan inovasi kecantikan sekaligus membantu individu mencapai kulit terbaik mereka, satu formula pada satu masa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This