Jaja Ishak ‘buru’ 12’ penyanyi berbakat & berdisiplin – “ Tak kira latar belakang, semua boleh cuba”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENERBIT drama, Jaja Ishak, tampil dengan inisiatif baharu apabila membuka ruang kepada 12 penyanyi berpotensi untuk diketengahkan dalam industri muzik tahun hadapan. 

Menariknya, peluang itu dibuka luas tanpa mengira latar belakang, sama ada penyanyi profesional mahupun busker jalanan.

Menurut Jaja, dia bercadang untuk menerbitkan 12 buah lagu pada tahun 2026, sekali gus memberi pentas baharu kepada bakat-bakat yang selama ini menantikan peluang untuk bersinar.

Mengulas kriteria pemilihan, Jaja menegaskan bakat vokal sahaja tidak mencukupi, calon penyanyi perlu mempunyai disiplin diri, semangat kuat dan kualiti suara yang mampu ‘dijual’ kepada pendengar.

“Tak kira latar belakang mana pun, kaya atau sederhana, profesional atau busker jalanan, semua boleh mencuba. 

“Yang penting ada semangat, disiplin dan suara yang boleh diketengahkan,” katanya kepada URTV.

Tambahnya, dia yakin industri muzik masih mempunyai potensi pulangan jangka panjang, selepas melihat beberapa lagu terbitannya sebelum ini berjaya tular dan mendapat sambutan meluas.

“Walaupun nampak kecil, muzik sebenarnya mampu memberi pulangan jangka panjang yang besar. 

“Tahun depan saya turut memberi tumpuan kepada pengedaran drama ke luar negara sambil meneruskan penerbitan lagu baharu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Jaja menekankan disiplin dan kerjasama adalah faktor terpenting sebelum menerima mana-mana bakat baharu di bawah labelnya.

Dia tidak menafikan pernah berdepan penyanyi yang kurang memberi komitmen terhadap promosi dan aktiviti yang telah diatur pihak label.

“Saya pernah jumpa penyanyi yang tak mahu datang promosi, malas sertai sesi radio dan menolak persembahan kecil. 

“Dari situ kita boleh tahu sejauh mana mereka mampu pergi,” katanya tegas.

Jaja turut mengingatkan dunia seni bukan sekadar populariti, tetapi memerlukan kerja keras, kesediaan belajar, dan sikap profesional dalam memenuhi syarat label serta strategi pemasaran.

“Kalau syarikat label dah aturkan promosi, temu bual media atau sesi dengan rakan strategik, mereka perlu ambil serius. Disiplin adalah kunci untuk bertahan lama,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This