Ikut kesesuaian usia, Jaja Ishak terbuka bekerjasama dengan Mia Sara

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENERBIT Jaja Ishak bersedia untuk memberi peluang lakonan kepada pelakon Mia Sara Nasuha,21, megikut kesesuaian usianya.

Menurut Jaja, pembikin filem dan drama seharusnya tidak meminggirkan bakat muda seperti Mia yang sudah lama mengukir bakat dalam industri seni.

“Sebagai seorang pengarah dan penerbit, saya sangat bersimpati dengan isu yang membabitkan Mia Sara.

“Saya tak nafikan dia ada kelebihan sebab dah berkecimpung dalam dunia lakonan sejak kecil.

“Sekiranya ada watak yang sesuai, saya sendiri teruja untuk bekerjasama dengannya.

Bila sudah meningkat ke fasa remaja dan dewasa, sudah tentu boleh bagi watak-watak yang lebih matang juga boleh diketengahkan,” katanya kepada URTV.

Katanya, Mia perlu meletakkan lebih usaha untuk ‘menjual’ bakatnya tidak kira di media sosial atau di mana-mana sahaja asalkan bakatnya terus mendapat perhatian.

“Mia juga kena sentiasa ‘update’ mengenai tentang hal kerjanya di media sosial. Ini penting supaya orang tahu jika dia masih berlakon atau sebaliknya.

“Gunakan medium media sosial sebagai platform kongsi perkembangan diri dengan peminat.

“Kalau Mia bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, jadi pengurusnya perlu lebih proaktif membantu kerja-kerja seni,” jelasnya.

Jaja yang juga penerbit drama Panggil Aku Dahlia itu berkata, tidak mustahil satu hari nanti Mia akan menjadi salah seorang pelakon dibawah terbitan Jaja Ishak Channel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 30 tahun bertakhta, kumpulan Spider bakal cetus fenomena menerusi konsert mega Spideraya

PENTAS hiburan serantau bakal menerima satu lagi kejutan epik hujung tahun ini apabila kugiran legenda berteraskan rock dan ska,...

More Articles Like This