3 feri terbakar di Langkawi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEBANYAK tiga buah feri dilaporkan musnah dalam satu kebakaran di kawasan Ship Yard, Langkawi awal pagi tadi.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 pagi dan tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan tiga buah bot yang sedang marak terbakar.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran 200 kaki, tiga Pancutan air dari pili bomba serta satu aliran foam dengan bantuan water tanker,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi turut dibantu oleh anggota dari BBP Langkawi dan BBP Padang Mat Sirat.

Baca artikel lain: HSR KL-Singapura: Kerajaan, agensi berkaitan sedang memuktamadkan parameter utama projek

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This