Birkin International Hotel cipta rekod ASEAN, lancar Program Bank Makanan

Dari Penulis

Birkin International Hotel (Birkin Hotel) melakar kejayaan gemilang apabila diiktiraf oleh ASEAN Records Organization sebagai hotel lima bintang pertama yang melaksanakan sistem Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) terbesar semasa pelancarannya.

Lebih membanggakan, Birkin Hotel turut dinobatkan sebagai penerima Asia Records, sekali gus menjadikannya hotel pertama di Malaysia menerima pengiktirafan tertinggi di peringkat Asia tersebut.

Pengurus Besar Birkin International Hotel, Simon Tan berkata, pengiktirafan itu merangkumi 12 inisiatif di bawah lima kategori kelestarian, iaitu air, tenaga, sisa, mobiliti dan komuniti.

Antaranya termasuk sistem pembotolan air RO dalaman bagi mengurangkan penggunaan botol plastik, penuaian air hujan untuk kegunaan utiliti, sistem HVAC pintar bagi penjimatan tenaga, sistem kompos di lokasi hotel, serta penyediaan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) untuk tetamu.

“Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi simbol kepada tanggungjawab kami dalam menetapkan piawaian baharu bagi sektor hospitaliti yang lebih lestari dan berimpak sosial,” katanya.

Simon menegaskan bahawa Birkin International Hotel komited untuk terus menjadi peneraju dalam industri perhotelan lestari dengan memperkukuh pelaksanaan ESG secara berterusan.

“Pencapaian rekod ASEAN dan pelancaran Bank Makanan ini melambangkan komitmen jangka panjang kami terhadap kelestarian – bukan sahaja dalam operasi kami, tetapi juga dalam cara kami berinteraksi dan memperkasa komuniti,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Birkin International Hotel turut memperkenalkan Inisiatif Bank Makanan yang bertujuan menangani isu kekurangan makanan dalam kalangan komuniti tempatan melalui pengagihan semula lebihan makanan daripada operasi hotel kepada golongan memerlukan.

Menurut Simon, projek itu dilaksanakan dengan kerjasama KPDN bagi membantu pelbagai kumpulan sasar termasuk mangsa bencana, pelajar institusi pengajian tinggi dan keluarga berpendapatan rendah.

“Lebihan makanan yang tidak diusik akan diproses menggunakan sistem retort dan dibungkus dalam saiz 50 gram hingga 1 kilogram. Pek ini mampu bertahan antara enam bulan hingga setahun sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif tersebut merupakan yang pertama di Melaka dan hotel berkenaan menyasarkan penyediaan antara 50 hingga 100 pek makanan setiap bulan sebagai langkah permulaan.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Ballroom 2 hotel berkenaan turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Birkin International Hotel dan Sekretariat Perdagangan Dalam Negeri dan Industri Perkhidmatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya serta Melaka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This