Wangian bermotif Batik, Sugarbomb Heritage Collection jadi taruhan di Dubai. Sugarbomb kembalikan nostalgia menerusi haruman

Dari Penulis

Memilih haruman nostalgia sebagai pengikat memori, jenama wangian tempatan, Sugarbomb mengambil langkah signifikan dalam memperkukuh identiti budaya di arena global menerusi koleksi eksklusif, Sugarbomb Heritage Collection yang menampilkan lima wangian berinspirasikan jiwa dan budaya Melayu iaitu Bara Senja, Suci Nurani, Titis Embun, Seloka Malam dan Gemersik Sutera.

Bukan biasa-biasa, jenama ini turut menjadi satu-satunya jenama tempatan yang berdiri gah di di pameran kecantikan antarabangsa Beautyworld Middle East 2025, yang berlangsung dari 27 hingga 29 Oktober di Dubai World Trade Centre.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbomb, Ahmad Azhari Rosli berkata, koleksi Sugarbomb Heritage Collection menampilkan keunikan dengan mengangkat warisan Batik sebagai motif utama.

“Kami berkolaborasi dengan Tinta Sutera, pengilang batik dari Kelantan, bagi mencanting motif batik eksklusif pada penutup setiap botol perfume. Kami mahu menjadi pelopor kepada usahawan Malaysia dalam memperkenalkan Malaysia dan budaya menerusi wangian. Ia bukan sekadar produk, tetapi cerminan identiti, budaya dan inovasi,” katanya.

Jelas Azhari lagi, kunci utama kepada keunikan koleksi ini ialah haruman yang mengimbau kembali memori zaman dahulu.

“Selain warisan, kami mahu setiap semburan memberikan momen Istimewa. Bauan segar pagi dan embun akan membawa kembali kita ke zaman waktu kecil dahulu. Saya pasti semua akan dapat merasai dan memahami bagaimana istimewanya haruman ini.

“Kesimpulannya, ini merupakan haruman nostalgia dan satu-satunya di Malaysia,” tambahnya lagi.

Lebih menarik, koleksi Heritage ini turut diiktiraf dan dibangunkan bersama Givaudan, salah satu syarikat pembekal minyak wangi terbesar dunia. Kerjasama ini bukan sahaja mengangkat kredibiliti Sugarbomb sebagai jenama Malaysia bertaraf antarabangsa, tetapi turut menegaskan komitmen mereka terhadap kualiti dan inovasi.

“Perjalanan kami hingga ke tahap ini tidak mudah. Kami bermula dengan langkah kecil beberapa tahun lalu dan menggunakan modal sendiri. Objektif kami mudah, mahu menjadi duta yang membawa nama Malaysia ke mata dunia.

“Dan Alhamdulillah kejayaan dapat bersama Givaudan akan menjadi pemangkin kepada langkah yang lebih besar selepas ini. Industri harus punya pelopor dan kami mahu membuka jalan kepada usahawan lain untuk turut berjaya menembusi pasaran global,” tambahnya lagi.

Sugarbomb kini telah menembusi pelbagai pasaran antarabangsa melalui pengedar rasmi di Dubai, Filipina, Singapura, Brunei, Indonesia, United Kingdom, dan India. Seterusnya, syarikat tersebut menyasarkan pasaran Eropah, Argentina dan Amerika Utara sebagai destinasi baharu untuk memperluas capaian global mereka.

Ditubuhkan oleh anak muda tempatan dengan visi besar untuk menjadikan Malaysia sebagai hab wangian Asia, Sugarbomb kini sinonim dengan inovasi dan kualiti bertaraf antarabangsa. Dari kios kecil, kini mereka menjadi lambang kebanggaan jenama tempatan yang membawa nama Malaysia ke peringkat global.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This