Jenama penjagaan bayi terkemuka Malaysia, Drypers, di bawah Kumpulan Vinda, memperkenalkan inisiatif terbaharu bertemakan The Power of Parent-preneurs yang bertujuan memperkasakan ibu bapa menjana pendapatan melalui produk yang mereka sendiri gunakan dan percayai.
Ketua Pengurus Vinda Malaysia, Yapp Pau Ling berkata, inisiatif ini merupakan langkah penting untuk menyokong keluarga Malaysia bukan sahaja melalui produk berkualiti, tetapi juga peluang ekonomi yang mudah diakses.
“Di Drypers, kami percaya dalam menyokong keluarga Malaysia secara bermakna melalui lampin yang direka untuk semua bayi Malaysia dan peluang yang membantu menjimatkan perbelanjaan ibu bapa.
“Melalui ‘The Power of Parent-preneurs’, kami ingin membantu ibu bapa bukan sekadar mendapatkan produk terbaik untuk anak mereka, tetapi juga menjana pendapatan dengan cara yang jelas, mudah dan disokong sepenuhnya,” katanya.

Inisiatif ini mengenal pasti bahawa ibu bapa sering berkongsi cadangan produk dengan rakan atau komuniti sekeliling mereka. Melalui laluan gabungan Drypers, perkongsian tersebut kini boleh diterjemah menjadi peluang pendapatan nyata tanpa sebarang kos permulaan dan dengan panduan yang mudah difahami.
Ibu bapa hanya perlu mengimbas kod QR, memautkan akaun TikTok Shop mereka dan mengakses arahan kandungan permulaan. Drypers turut menyediakan bahan sokongan seperti panduan pendedahan, contoh kandungan dan latihan asas yang membantu mereka menghasilkan hantaran secara selamat, beretika dan menghormati privasi keluarga.
Bagi kebanyakan keluarga Malaysia, nilai bukan sekadar harga tetapi kebolehpercayaan. Drypers memahami bahawa ibu bapa memerlukan lampin yang tahan lasak, selesa dan sesuai dengan iklim tropika Malaysia, bagi menjimatkan masa serta mengurangkan tekanan harian.
Dalam masa yang sama, ramai ibu bapa kini mencari cara baharu menambah pendapatan tanpa mengorbankan masa bersama keluarga. Inisiatif The Power of Parent-preneurs memberi laluan mesra keluarga untuk menyertai dunia perdagangan sosial dengan yakin, sambil mengekalkan privasi, kejujuran dan tujuan yang jelas.
Drypers turut mengekalkan komitmen terhadap konsistensi dan penjagaan melalui platform Drypers Baby Club, yang memberi ganjaran, penebusan terus ke rumah serta sokongan pakar bagi setiap peringkat keibubapaan.
Sebagai pelengkap inisiatif ini, Drypers turut memperkenalkan Drypers DryPantz baharu yang dibangunkan dengan kefahaman mendalam tentang keperluan bayi di Malaysia.
Lampin terbaharu itu kini hadir dengan lilitan pinggang gelembung lembut bagi keselesaan maksimum tanpa meninggalkan kesan kemerahan pada kulit bayi. Reka bentuknya yang lebih kemas membantu mengelak kelonggaran dan memudahkan pergerakan si kecil, di samping menjaga kulit bayi agar kekal kering sehingga 10 jam.
Ciri Dwi Pelindung Kebocoran pula memberikan perlindungan optimum untuk kegunaan lebih lama, menjadikan pengalaman keibubapaan lebih mudah dan selesa untuk seisi keluarga.

