Tular adegan atas katil, Elvina Mohamad jelaskan guna ‘double body’ & ‘camera trick’ – “Nama saya pernah masuk senarai ‘blacklist’, tapi saya tak ambil kisah…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Datin Elvina Mohamad menegaskan babak panas dalam drama terbaharunya, Safira (Bukan Nama Sebenar) hanya menggunakan kepakaran camera trick.

Menurut Elvina atau Norzalina Mohamad,30, babak yang dimaksudkan itu bukan dilakonkan sepenuhnya seperti yang didakwa netizen, tetapi dijayakan dengan bantuan teknik penggambaran dan pelakon pengganti atau double stunt.

“Waktu penggambaran, memang kita gunakan camera trick. Saya sendiri tidak bersetuju melakonkan babak sedemikian. 

“Sebab itu pihak produksi gunakan double body,” jelas Elvina ketika ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut yang berlangsung di Pavilion Height, Damansara, malam semalam.

Sebagai anak seni, dia tetap menghormati kehendak skrip dan arahan pengarah, namun dalam masa sama menjaga batas serta prinsip peribadi.

Elvina turut menjelaskan penggunaan pelakon pengganti untuk babak sensitif bukanlah perkara asing dalam industri, malah dilakukan dengan pemantauan ketat bagi memastikan suasana profesional di set.

“Dalam dunia penggambaran, bukan semua babak dibuat secara nyata. Kita masih ada cara dan etika untuk jaga maruah diri serta imej drama itu sendiri.

“Saya dah tandatangan kontrak, jadi saya perlu siapkan kerja dengan baik. 

“Tapi semua dilakukan dalam batas yang dibenarkan. Tak seperti yang orang bayangkan,” ujarnya.

Terdahulu, tular adegan Elvina berada di atas katil bersama pelakon Hazeeq Dean yang sekaligus menuai perhatian netizen.

Babak tersebut dianggap tidak sesuai dilakonkan oleh Elvina yamg merupakan seorang isteri dan ibu.

Pada masa sama, Elvina juga tak menafikan dirinya menjadi sasaran kecaman dan budaya ‘cancel’.

“Budaya ‘cancel’ ni makin menjadi-jadi. Kalau buat salah sikit pun dah kena ‘cancel’. 

“Padahal semua orang buat silap. Kalau kita hidup asyik nak puaskan hati semua orang, memang susah,” katanya.

Tambahnya lagi, fenomena cancel culture yang berasal dari Hollywood kini turut menular di Malaysia sehingga membuatkan segelintir pihak cepat menghukum tanpa mengetahui situasi sebenar.

“Saya tahu nama saya pernah masuk ‘blacklist’, tapi saya tak ambil kisah. 

“Kalau kita terus balas komen negatif, benda itu takkan habis,” ujarnya.

Selain Elvina, Safira (Bukan Nama Sebenar) arahan Ejump Mohd turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Redza Rosli, Sazzy Falak, Emelda Rosmila dan beberapa pelakon hebat lain.

Drama ini akan menemui penonton di platform OTT iQIYI Malaysia bermula 7 November depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This