SEORANG lelaki mengalami kecederaan di bahagian bahu selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah, Kuching.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 2.16 petang tadi.
Selain mangsa yang cedera, dua wanita dan seorang kanak-kanak turut berada dalam kenderaan sama.
Bagaimanapun, kesemua penumpang Perodua Bezza itu tidak mengalami kecederaan.
PGO Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.
Baca artikel lain: Lelaki maut Hilux dihempap pokok tumbang di Jalan Batang Kali
“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebatang pokok tumbang menghempap bahagian bumbung kenderaan yang menyebabkan kerosakan teruk.
“Kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, PGO Bomba Sarawak memberitahu lapan anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (TBBK I), Ibrahim Hasan terlibat dalam operasi pemotongan dan pengalihan pokok untuk memastikan kawasan benar-benar selamat.
Operasi berjaay dikawal pada pukul 2.26 petang sebelum ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.04 petang.
Mangsa yang cedera telah menerima rawatan awal daripada pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di lokasi kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

