GARA-GARA diugut secara dalam talian bahawa video bogel disebarkan, seorang lelaki berputih mata apabila kerugian sebanyak RM9,000 baru-baru ini.
Ia selepas lelaki berumur 23 tahun itu menjadi mangsa pemerasan seksual oleh seorang wanita yang dikenali melalui aplikasi cari kenalan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir memaklumkan, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Batu Caves, Rabu lalu mendakwa telah diugut untuk disebarkan video bogel selepas berkenalan dengan wanita tersebut.
Menurut beliau, mangsa berkenalan dengan wanita itu melalui aplikasi TanTan.
“Mereka kemudiannya bertukar nombor telefon dan mula berhubung melalui aplikasi WeChat.
“Suspek menunjukkan minat terhadap mangsa dan memujuknya untuk membuat panggilan video.
“Semasa panggilan itu, suspek meminta mangsa menanggalkan pakaian dan turut berpura-pura melakukan perkara sama bagi meyakinkannya.
Baca artikel lain: RM3.6 bilion kerugian akibat kes jenayah komersil dalam tempoh sembilan bulan
“Selepas panggilan itu, wanita tersebut telah menghantar mesej menerusi WhatsApp sambil mengugut untuk menyebarkan rakaman video bogel sekiranya mangsa tidak membayar wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, mangsa yang bimbang maruahnya tercemar kemudiannya telah membuat dua kali bayaran kepada suspek.
“Bayaran dibuat melalui akaun sebuah bank digital yang mempunyai kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM).
“Akibat penipuan itu, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM9,000,” katanya.
Beliau berkata, siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti pemilik akaun bank tersebut dan nombor telefon yang digunakan untuk menghubungi mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

