KALAU anda kaki hiburan yang suka semua ada dalam satu tempat, aplikasi TVS Inspire memang wajib ada dalam telefon!
Dilancarkan secara rasmi untuk muat turun mulai 25 Oktober lalu, platform OTT (over-the-top) baharu daripada TVS ini menjadi langkah besar stesen tersebut dalam memperkukuh kedudukannya sebagai penyiar utama yang mengangkat identiti, budaya dan pencapaian Sarawak ke peringkat global.
Dengan TVS Inspire, penonton bukan saja dapat menonton siaran langsung, malah boleh menikmati kandungan on-demand dengan jauh lebih mudah dan interaktif.
Semua ada, daripada hiburan, dokumentari, berita, program eksklusif sehinggalah acara-acara istimewa yang disiarkan terus ke skrin anda melalui Apple Store dan Google Play Store.
Lebih menarik, aplikasi ini bukan sekadar medium penyiaran untuk rakyat Sarawak, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan penonton dari seluruh dunia kepada kandungan tempatan yang semakin mendapat perhatian.
Sebagai tanda komitmen untuk menyajikan hiburan berkualiti, esok TVS Inspire membawakan dua acara eksklusif secara langsung dalam satu malam iaitu Twins Championship 103 dan Malam Gala AIFFA 2025.
Aksi bermula seawal 9 pagi dengan pertarungan tinju amatur, manakala perlawanan profesional pula berlangsung dari 7.30 malam hingga 11.30 malam.
Tumpuan pastinya terarah kepada perlawanan hangat antara Kilat Boy (Malaysia) dan Yenson Mustamu (Indonesia) yang dijangka memikat peminat sukan tempur.
Acara ini boleh ditonton secara langsung bukan hanya di aplikasi TVS Inspire, tetapi turut disiarkan di Facebook, YouTube dan TikTok TVS Entertainment.
Menambahkan glamor pada malam yang sama, AIFFA 2025 bermula jam 9 malam, menampilkan dua nama besar Asia iaitu pelakon legenda Hong Kong Simon Yam dan diva pop Indonesia, Ruth Sahanaya.


Untuk peminat glam dan festival filem, siaran ini boleh ditonton di aplikasi TVS Inspire, serta di Saluran 122 Astro, MYTV, dan Unifi TV.
TVS Inspire bukan sekadar menayang acara besar, tetapi semakin memperluas katalog kandungannya dengan program menarik dari Sarawak dan seluruh dunia.
Pelbagai genre, sukan, hiburan, dokumentari dan banyak lagi menjadikan aplikasi ini lebih daripada sekadar platform serantau biasa.
Dan berita baik untuk peminat sukan, pada Disember 2025, TVS Inspire akan menyiarkan SEA Games Thailand 2025 secara langsung, membawa aksi sukan terbesar Asia Tenggara terus ke skrin anda.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

