120 filem pertaruh nasib di AIFFA 2023. Mahu kongsi nilai budaya satukan penggiat filem serantau

Dari Penulis

Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) menyaksikan lebih 120 penyertaan penggiat seni dari 10 negara anggota ASEAN iaitu dari Filipina, Indonesia dan Malaysia merebut peluang merangkul Anugerah AIFFA 2023.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya berbangga dapat menyokong penganjuran AIFFA 2023 iaitu festival filem yang menjadi platform penyatuan idea dalam komuniti perfileman di kalangan negara ASEAN.

“Kami bangga dapat menyokong AIFFA 2023 yang akan kembali diadakan di Kuching pada Ogos depan. Kali terakhir acara ini diadakan pada 2019 dan tiada acara fizikal diadakan berikutan pandemik COVID-19 pada 2021.

“Menerusi penganjuran AIFFA 2023 ini juga, kita yakin dapat menerima impak yang positif. Ini adalah cara kita di kementerian dan agensi-agensi di bawah kami untuk merancakkan ekonomi di Sarawak.

“Tidak hanya itu, buat kali pertama AIFFA akan menayangkan filem tempatan iaitu Sumpahan Jerunai. Kami berbangga apabila kita akan tengok filem tempatan dipilih sebagai filem pembukaan di Kuching,” katanya.

Pengarah Festival AIFFA 2023, Livan Tajang berkata, kekuatan utama AIFFA terletak kepada persamaan nilai budaya yang dikongsi dan dijadikan nadi penting menyatukan penggiat filem dalam rantau ini.

Menurutnya, AIFFA 2023 edisi keenam ini berjaya mendapat sokongan memberansangkan daripada pembuat filem dari 10 negara Asia dengan sejumlah 120 penyertaan diterima.

“Menerusi penganjuran AIFFA 2023 ini juga, kita yakin dapat menerima impak yang positif. Ini adalah cara kita di kementerian dan agensi-agensi di bawah kami untuk merancakkan ekonomi di Sarawak.

“Penyertaan yang diterima akan disenaraipendekkan kepada 30 dan 40 penyertaan sahaja oleh para juri dari negara Asia yang diketuai oleh Penerbit Filem Malaysia iaitu U-Wei Saari setelah melalui tiga fasa penilaian. Pemenang akan diumumkan semasa Malam Gala dan Anugerah AIFFA 2023 kelak,” katanya pada sidang media AIFFA 2023, di Panggung Percubaan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Penganjuran AIFFA yang akan berlangsung bermula 2 hingga 4 Ogos ini di Kuching, Sarawak di mana Malam Gala AIFFA 2023 akan berlangsung pada 4 Ogos dan menyaksikan 17 kategori dipertandingkan meliputi semua aspek utama bidang kreatif dan teknikal penghasilan filem.

Barisan juri buat AIFFA 2023 adalah U-Wei Saari dan Effendee Mazlan dari Malaysia, Ihsan Nurullah Kabil (Turkiye) Viva Westi (Indonesia) dan Pham Thi Hong An (Vietnam).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This