WALAUPUN di atas kertas, Pakatan Harapan (PH) mempunyai kerjasama politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN), namun pertembungan tidak dapat dielakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong.
Ia selepas DAP menamakan bekas Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual sebagai calon di kerusi tersebut.
Noorita bakal mencabar penyandang kerusi DUN Kemabong iaitu Datuk Rubin Balang yang mewakili GRS.
Pada masa sama, BN turut meletakkan Rahmah Jan Sulaiman untuk berentap di kerusi tersebut.
Kerusi DUN Kemabong menyaksikan pertembungan sembilan penjuru termasuk calon Warisan; Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM); Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS): Parti Impian Sabah (PIS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan seorang calon Bebas.
Pada PRN kali ini, GRS menjalin kerjasama dengan PH, yang turut berpakat dengan Barisan Nasional (BN), namun tiada kerjasama antara BN dan GRS.
Dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020, Rubin berjaya merampas kerusi tersebut dalam pertembungan enam penjuru dengan majoriti 1,012 undi.
Beliau yang ketika itu bertanding atas tiket Bebas kemudiannya menyertai GRS.
Baca artikel lain: PRN Sabah: Sembilan penjuru di Tanjung Aru, pertembungan dua beradik di Petagas
Sementara itu, memetik laporan FMT, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan pertembungan dengan BN di DUN Kemabong tidak dapat dielakkan.
Kata beliau, ia kerana pada peringkat awal kedua-dua parti telah mencapai kata sepakat untuk memberi laluan kepada DAP bertanding di Kemabong manakala BN diberikan kerusi DUN Liawan.
Disebabkan itu, Anthony Loke berkata, beliau telah pun menyatakan bahawa parti itu akan mewakili PH di lapan kerusi termasuk Kemabong, sebelum ini.
“Namun BN menyatakan mereka masih nak bertanding di Kemabong dan atas permintaan itu, saya tak umumkan calon kerusi itu untuk berunding lagi.
“Tapi akhirnya BN tetap kata mereka akan meletakkan calon di Kemabong. Jadi kita tak ada pilihan. Persetujuan awal itu kekal — DAP tetap bertanding di Kemabong dan kita tidak letakkan calon di Liawan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

