SERAMAI enam orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik disusuli 17 Pembantu Menteri mengangkat sumpah jawatan hari ini.
Mereka menyertai barisan 10 Jemaah Menteri Sabah yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, semalam.
Berita Harian melaporkan, enam ADUN Dilantik itu membabitkan empat mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Datuk Mohd Razali Razi, Datuk Kasim Razali, Datuk Ceasar Mandela Malakun dan Datuk Ir Chin Shu Ying, manakala dua lagi ialah bekas Presiden Sabah Law Society (SLS), Datuk Roger Chin Ken Fong serta Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Grace Lee Li Mei.
Pelantikan enam ADUN Dilantik membolehkan kerajaan negeri diketuai GRS mendapat tambahan enam lagi kerusi DUN bagi mengukuhkan kedudukan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN Sabah sebanyak 79 kerusi.
Sementara itu, 17 jawatan Pembantu Menteri dibarisi empat ADUN Bebas iaitu Datuk Fairuz Renddan (Pintasan), Datuk Rina Jainal (Kukusan), Datuk Maijol Mahap (Bandau) dan Jordan Jude Ellron (Tulid).
Hanya ADUN Bebas dari Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari tidak tersenarai, manakala seorang ADUN mewakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Mohd Ishak Ayub (Bingkor) turut dilantik meskipun parti itu memutuskan tidak menyertai kerajaan pimpinan GRS.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

