Kerajaan MADANI berjaya perkasakan 12,645 usahawan masyarakat India

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya memperkasakan 12,645 usahawan masyarakat India melalui pelbagai inisiatif dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM249.8 juta setakat 31 Oktober.

Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Seri R Ramanan berkata, inisiatif tersebut merangkumi Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) dan SPUMI Goes Big oleh TEKUN Nasional, Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Program Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) oleh Bank Rakyat dan Vanigham Financing for Indian Entrepreneurs oleh SME Bank.

Jelas beliau, KUSKOP melalui agensi-agensinya terus komited melaksanakan langkah khusus untuk meningkatkan penyertaan ekonomi serta daya saing usahawan India.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah, dibawah Kerajaan MADANI memperkenalkan inisiatif dan program khas untuk komuniti India dengan dana peruntukan yang khusus bagi pemerkasaan masyarakat India sahaja.

“Satu komitmen jelas bahawa pembangunan masyarakat India adalah sebahagian daripada agenda inklusif negara,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Belanjawan 2026 bangunkan sosioekonomi bantu perkembangan usahawan, koperasi – KUSKOP

Mengulas lanjut, Ramanan berkata, KUSKOP akan terus memperkukuhkan usaha pemerkasaan usahawan di seluruh negara, termasuk komuniti India.

Katanya, ia selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030 dan visi Malaysia MADANI yang berteraskan pembangunan sosioekonomi yang inklusif, seimbang dan mampan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This