Tak perlu guna alasan Mara tak tolong Bumiputera – Asyraf Wajdi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KETEGASAN Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam isu pembayaran balik pinjaman adalah demi membantu lebih ramai orang Melayu dan Bumiputera yang memerlukan.

Sehubungan itu, pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan supaya, jangan menggunakan alasan Mara tidak menolong Bumiputera dalam isu ini kerana hakikat sebenar adalah sebaliknya.

“Tiada kompromi dengan peminjam-peminjam culas. Tak perlu guna alasan ‘Mara tak tolong Bumiputera’.

“Sebab nak tolong lebih ramai Melayu dan Bumiputera yang amat memerlukanlah, Mara kena lebih tegas kepada yang culas!,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi menegaskan tiada individu diberi layanan istimewa atau mendapat keistimewaan tertentu dalam membayar balik pinjaman pendidikan atau perniagaan Mara.

Baca artikel lain: Wanita berdepan detik cemas, Suzuki Swift dihempap runtuhan binaan ECRL di MRR2

Beliau berkata, semua peminjam dianggap sama dan perlu bertanggungjawab melunaskan hutang masing-masing tanpa mengira status atau latar belakang.

Katanya, tiada lagi campur tangan politik atau surat sokongan mana-mana pihak bagi memberi kelonggaran kepada peminjam tertentu.

“(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menegaskan MARA diberi kepercayaan penuh untuk memastikan setiap sen wang rakyat tidak dibazirkan.

“Dalam hal ini, kita tidak melihat siapa mereka. Tiada istilah VIP (orang kenamaan) bayar atau VIP tak bayar. Semua yang tidak membayar hutang, semuanya dianggap ‘VIP,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This