DATUK Seri Alexander Nanta Linggi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri atas kepercayaan menjalankan tugas serta fungsi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Di samping menjalankan tugas di portfolio Menteri Kerja Raya, katanya pelantikan ini akan digalas dengan penuh komitmen bagi memastikan kesinambungan operasi serta kelancaran fungsi KUSKOP.
“Saya juga menghargai segala sumbangan Datuk Ewon Benedick sepanjang beliau menerajui KUSKOP.
“Saya komited untuk memastikan kerja-kerja kementerian berjalan dengan teratur dan dasar yang sedang dilaksanakan dapat diteruskan demi manfaat usahawan, PKS, koperasi dan rakyat secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Sarang pelacuran di Klang Sentral diurus ‘kapten’ warga Bangladesh diserbu
Beliau juga berharap dapat bekerjasama rapat dengan semua agensi, rakan industri dan pemegang taruh bagi memastikan kelancaran pentadbiran KUSKOP sepanjang tempoh menjalankan tugas ini.
Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Nanta Linggi diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas dan fungsi Menteri KUSKOP berkuat kuasa esok.
Katanya, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jemaah Menteri yang bersidang pada 28 November lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

