PNH Malaysia, Haco Asia perkasa usaha lestari melalui transformasi sisa kopi kepada biochar

Dari Penulis

Inisiatif pemuliharaan alam sekitar dalam industri makanan negara terus diperkukuh apabila PNH Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan Haco Asia bagi memanfaatkan hampas biji kopi sebagai bahan asas untuk penghasilan biochar melalui teknologi karbonisasi suhu rendah.

Kerjasama ini menyaksikan Haco Asia, pengeluar dan pembekal produk makanan terkenal, menyediakan bekalan tetap hampas biji kopi yang terhasil daripada operasi harian syarikat tersebut. Bahan buangan organik ini kemudiannya diproses oleh PNH Malaysia menggunakan mesin Low Temperature Carbonization Machine, sebuah teknologi yang membolehkan sisa organik ditukar kepada bahan karbon berkualiti komersial secara bersih dan efisien.

Ketua Pegawai Operasi PNH Malaysia, Jian Tat Lee.

Ketua Pegawai Operasi PNH Malaysia, Jian Tat Lee berkata, teknologi yang digunakan ini memanfaatkan pemangkin khas yang mempercepatkan proses karbonisasi pada suhu rendah, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon.

“Proses ini menghasilkan biochar yang kini semakin mendapat perhatian dalam sektor pertanian, tenaga boleh baharu dan pembuatan bahan biodegradable. Biochar yang terhasil juga mampu meningkatkan kesuburan tanah, berfungsi sebagai bahan bakar bersih dan menjadi komponen penting dalam pembuatan bioplastik moden.

“Dalam pada itu, keupayaan menukar sisa kopi kepada biochar bukan sahaja mengurangkan kos pelupusan sisa industri makanan, malah membuka ruang baharu dalam penyelidikan dan pembangunan aplikasi hijau,” katanya.

Pengarah Urusan Haco Asia, Roy C.S. Lee.

Pengarah Urusan Haco Asia, Roy C.S. Lee dalam pada itu melihat kolaborasi ini sebagai komitmen penting dalam usaha syarikat mengurangkan jejak karbon.

“Hampas kopi yang sebelum ini dianggap sisa kini diberi nilai baharu dan syarikat yakin perkongsian ini dapat diperluaskan lagi dengan pemprosesan pelbagai bahan biomas lain pada masa hadapan.

“Kerjasama ini bukan sekadar penyelesaian pengurusan sisa, tetapi juga satu langkah melahirkan industri makanan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar,” kongsinya.

Antara produk PNH Asia yang dihasilkan daripada sisa bahan organik bersama campuran plastik.

Melalui inisiatif ini, kedua-dua syarikat berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk meneroka potensi teknologi hijau dalam operasi perniagaan masing-masing.

Kerjasama ini diyakini mampu memacu pembangunan inovasi mesra alam sekali gus menyumbang kepada sasaran pengurangan sisa organik di negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gen Z tidak miskin pendapatan tetapi bergelut dalam realiti kehidupan

Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC), Universiti Malaya, Dr. Nik Zirwatul Fatihah. Pensyarah Kanan di...

More Articles Like This