Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. menegaskan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada bakal jemaah Haji 2026 dengan menawarkan bimbingan ilmu, penjagaan kesihatan dan sokongan menyeluruh sepanjang berada di Tanah Suci.
Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Idzham Mohd. Isa berkata, bagi memastikan jemaah mendapat tunjuk ajar yang sahih dan tepat, pihaknya melantik YM Tengku Aziz Raja Abdullah sebagai Penasihat Syariah, Prof Madya Dr Mohd Hisham Mohd Isa sebagai doktor pengiring, Ustaz Muhidin Mokter sebagai Pakar Kaunseling dan Ustazah Isfadiah sebagai Ikon Bimbingan Jemaah Wanita yang akan mengiringi jemaah serta memberi perkongsian ilmu ibadah ketika di Mekah dan Madinah.
“Untuk tahun 2026, Glocal Travel tampil lebih bersedia dengan menyediakan doktor perubatan pengiring yang sah dilantik bagi memantau tahap kesihatan jemaah, sekali gus menangani masalah kesihatan ringan yang sering dialami jemaah akibat perubahan cuaca panas di Tanah Suci.
“Kami mengambil inisiatif menyediakan doktor pengiring bagi menguruskan masalah perubatan asas supaya ia tidak menjadi serius. Jika jemaah mengalami masalah kecil, ia dapat diselesaikan dengan cepat dan selamat,” katanya pada sidang akhbar pengumuman pakej Haji Glocal Travel baru-baru ini.
Mohd. Idzham berkata, tagline ‘Eksklusif & Mabrur’ yang dibawa menekankan dua aspek utama iaitu kualiti perkhidmatan dan bimbingan berterusan bagi membantu jemaah mencapai haji mabrur.
“Allah yang menentukan mabrur haji seseorang, namun kami sebagai pengelola akan membantu Jemaah dalam memudahkan urusan ibadah dengan menyediakan guru agama, pakar motivasi dan doktor yang akan memberi ilmu dan tip mengenai bagaimana amalan diterima, bagaimana melakukan rukun dengan sempurna dan memastikan jemaah pulang tanpa was-was.
“Kami juga akan mengadakan sesi ‘post mortem’ selepas setiap ibadah utama seperti tawaf, saie dan melontar agar jemaah benar-benar yakin dan mampu beribadat dengan tenang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelantikan doktor pengiring, Dr. Mohd. Hisham, akan mengetuai kempen kesedaran kesihatan serta mengendalikan program penilaian kesihatan berkala sebelum jemaah menjalani pemeriksaan rasmi di hospital.
Langkah itu, katanya, bertujuan membantu bakal jemaah yang mempunyai kekangan kesihatan supaya mereka dapat mengawal keadaan lebih awal dan layak menunaikan haji.
“Ramai yang mampu dari segi kewangan tetapi tidak sedar bahawa kesihatan adalah syarat penting untuk melaksanakan haji. Oleh itu, kami akan membantu Jemaah untuk kekal ‘fit’ dan berjaya mengawal kesihatan,” jelasnya.
Mohd. Idzham turut memberitahu, pihaknya menyasarkan untuk menguruskan 150 hingga 200 jemaah pada 2026 berbanding 78 jemaah pada musim 2025.

Beliau berkata, walaupun tahun 2026 merupakan tahun kedua Glocal Travel menguruskan jemaah haji, namun syarikat itu sudah berpengalaman 13 tahun dalam industri dan telah mengendalikan sehingga 100,000 jemaah umrah sejak ditubuhkan.
“Alhamdulillah selama 13 tahun pengalaman menguruskan jemaah umrah, kami mempunyai sumber kukuh daripada segi hotel, pengangkutan, logistik dan tenaga kerja tempatan.
“Cabaran sebenar adalah menguruskan momentum jutaan jemaah pada waktu puncak, tetapi dengan pengalaman dan sistem yang ada, kami yakin mampu menguruskan jemaah dengan lebih teratur,” katanya.
Glocal Travel menawarkan tiga pilihan pakej dengan harga bermula RM49,900, termasuk penginapan hotel lima bintang yang hanya 100 meter dari Masjidil Haram.
Antara pakej ditawarkan ialah Rotana Eco, Rotana Premium dan Rotana Ekslusif.
Orang ramai yang mendapat tawaran haji daripada Tabung Haji juga dialu-alukan untuk mendapatkan penerangan lanjut di booth Glocal Travel di Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan ke-4 (KHUP 4) bermula 28 hingga 30 November 2025 di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang.

