MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka terus menaburkan khidmat bakti kepada kerajaan walaupun tidak lagi bergelar menteri selepas 2 Disember ini.
Bayangan itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Jemaah Menteri hari telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Zafrul yang akan menamatkan tempoh sebagai Senator, minggu depan.
“Hari ini merupakan mesyuarat terakhir beliau.
“Perdana Menteri juga telah mengucapkan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dengan kejayaan termasuk dari segi pelaburan dan perundingan perdagangan yang banyak telah berjaya.
Baca artikel lain: Kerajaan akan terus jadi pemudah cara pastikan industri automotif kekal di hadapan – Zafrul
“Beliau masih akan membantu Perdana Menteri dan kerajaan, mungkin dalam bentuk, kedudukan atau jawatan berbeza di masa depan. Apakah jawatan atau kedudukan itu tidak dinyatakan,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Pada 13 November lalu, ketika Taklimat Media Kad Laporan Prestasi MITI Suku Ketiga 2025, Tengku Zafrul mengesahkan akan mengakhiri tugasnya sebagai menteri berkuatkuasa 2 Disember 2025.
Ketika ditanya mengenai adakah beliau akan terus kekal di dalam kerajaan sebagai penasihat kanan, Tengku Zafrul berkata, perkara itu adalah tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri.
Tengku Zafrul dilantik ke jawatan menteri dalam kapasiti sebagai seorang senator.
Beliau memulakan penggal kedua sebagai anggota Dewan Negara pada Disember 2022, yang merupakan jumlah maksimum penggal yang dibenarkan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

