Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Tengku Zafrul bagi tempoh dua tahun itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Tengku Zafrul mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri yang sebelum ini disandang Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Perdana Menteri bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mac 2026 (Rabu).

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan Amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan itu.

Sebagai rekod, Tengku Zafrul menamatkan perkhidmatannya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri pada 2 Disember tahun lalu selepas tempoh sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama enam tahun atau dua penggal berakhir.

Beliau kemudiannya dilantik menerajui agensi promosi pelaburan Utama negara sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 3 Disember bagi tempoh dua tahun.

Pelantikan terbabit dibuat bagi memanfaatkan kepakaran beliau dalam memacu agenda pelaburan nasional serta memperkukuh daya saing ekonomi Malaysia di peringkat antarabangsa melalui penyelarasan dasar industri yang lebih dinamik.

Beliau mengangkat sumpah kali pertama sebagai Senator pada 10 Mac 2020 untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan sebelum menyambung penggal kedua pada 3 Disember 2022.

Jawatan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri kosong selepas Shamsul Iskandar meletakkan jawatan 25 November 2025.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This