DUA anak Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sedang mendahului pencabar masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Sungai Manila.
Setakat pukul 7.30 malam ini, Anak sulung Musa iaitu Datuk Yamani Hafez sedang mendahului sembilan lagi calon lain di kerusi DUN Sindumin.
Bekas Timbalan Menteri Kewangan II yang mewakili Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 108 undi setakat ini.
Beliau meninggalkan pencabar terdekat iaitu Yusri Pungut mewakili Warisan yang memperoleh 53 undi.
Kerusi DUN Sindumin sebelum ini dimenangi Yusof Yacob yang mewakili Parti Warisan dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.
Baca artikel lain: (TIDAK RASMI) PRN Sabah: Shafie Apdal pertahan kerusi DUN Senallang
Beliau kemudiannya menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) iaitu salah satu komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sementara itu, seorang lagi anak Musa iaitu Hazem Mubarak yang mewakili GRS pula sedang mendahului lima lagi calon di kerusi DUN Sungai Manila.
Beliau yang membuat kemunculan sulung pada PRN Sabah kali ini memperoleh 329 undi setakat ini.
Hazem Mubarak mendahului calon Barisan Nasional (BN), Zaini Tiksun yang memperoleh 266 undi manakala calon Warisan, Sittinara Sakah menerima 122 undi setakat ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

