Festival La Fête serikan sambutan akhir tahun di Le Méridien Kuala Lumpur

Dari Penulis

Menjelang musim perayaan hujung tahun, Le Méridien Kuala Lumpur kembali meraikan detik istimewa dengan sajian Istimewa bertemakan La Fête.

Bermula dari Malam Krismas hingga Tahun Baharu, pengunjung berpeluang menikmati sajian bufet perayaan di restoran Latest Recipe yang menghimpunkan lebih 200 hidangan tempatan serta antarabangsa, disempurnakan oleh sentuhan Executive Chef Antoine bersama pasukan kulinari bertaraf antarabangsa.

Menampilkan pilihan rasa tradisional dan moden, bufet istimewa ini menyajikan pelbagai hidangan utama seperti Traditional Roasted Whole Turkey bersama inti epal, kacang dan roti, Beef Wellington dengan kuah morel jus, serta Roasted Provencal French-Cut Lamb Leg yang diperap rempah Maghribi. Nikmati juga seleksi Jepun seperti teppanyaki, sashimi dan tempura, selain pelbagai pilihan India termasuk hidangan tandoori dan kari.

Sudut Seafood on Ice pula menawarkan tiram segar, slipper lobsters, ketam dan yabbies. Tidak ketinggalan, pencuci mulut La Fête yang menawan selera seperti Christmas Forest Blueberry Cake, Chestnut and Blackcurrant Cheesecake, puding Krismas, Yule Logs dan Chocolate Fountain yang pasti memikat si pencinta manisan.

Harga & Tarikh Bufet Perayaan di Latest Recipe

Bufet Makan Malam Malam Krismas

24 Disember 2025 | 6.30pm – 10.30pm

RM288 nett (dewasa) | 13,657 Mata Marriott Bonvoy

RM144 nett (kanak-kanak) | 6,829 Mata Marriott Bonvoy

Bufet Brunch Hari Krismas

25 Disember 2025 | 12.30pm – 3.00pm

RM238 nett (dewasa) | 11,286 Mata Marriott Bonvoy

RM119 nett (kanak-kanak) | 5,643 Mata Marriott Bonvoy

Bufet Makan Malam Perayaan

25 – 30 Disember 2025 & 1 Januari 2026 | 6.30pm – 10.30pm

RM228 nett (dewasa) | 10,812 Mata Marriott Bonvoy

RM114 nett (kanak-kanak) | 5,406 Mata Marriott Bonvoy

Bufet Makan Malam Malam Tahun Baharu

31 Disember 2025 | 6.30pm – 10.30pm

RM308 nett (dewasa) | 14,606 Mata Marriott Bonvoy

RM154 nett (kanak-kanak) | 7,303 Mata Marriott Bonvoy

Bufet Brunch Hari Tahun Baharu

1 Januari 2026 | 12.30pm – 3.00pm

RM218 nett (dewasa) | 10,338 Mata Marriott Bonvoy

RM109 nett (kanak-kanak) | 5,169 Mata Marriott Bonvoy

Bagi mereka yang mencari suasana lebih intim, Gastro Sentral menawarkan menu à la carte bertema perayaan dari 24 Disember 2025 hingga 1 Januari 2026. Antara pilihan istimewa termasuk Chilled Maine Lobster Salad (RM188), Roulade of Australian Beef Tenderloin (RM268) dan pencuci mulut Christmas Ball (RM48), iaitu mousse coklat putih dengan raspberry confit dan dasar bijan hitam.

Restoran stik terkemuka hotel, PRIME, pula mengangkat sentuhan gastronomi ke tahap lebih eksklusif menerusi Set Makan Malam Malam Krismas dan Tahun Baharu masing-masing pada harga RM518 nett dan RM618 nett setiap seorang. Sajian istimewa termasuk 200 Days Dry-Aged Beef Tenderloin, Sous Vide Turkey Roulade dan Pan-Roasted Hake Fish, disiapkan penuh teliti untuk pengalaman fine dining yang cukup ekslusif.

Tambahan itu, pemegang Marriott Bonvoy, Club Marriott serta kad kredit terpilih bakal menikmati potongan 20% untuk semua bufet perayaan di Latest Recipe, tawaran à la carte di Gastro Sentral serta Set Makan Malam Perayaan di PRIME, termasuk minuman tanpa alkohol.

Musim La Fête di Le Méridien Kuala Lumpur menjanjikan pengalaman kulinari yang bukan sahaja mewah, tetapi penuh makna untuk diraikan bersama keluarga dan sahabat tercinta.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This