NH Nutrio Gold perkenal formulasi ‘7 Khasiat, Cukup Satu’ untuk gaya hidup moden

Dari Penulis

NH terus melangkah ke hadapan dalam inovasi nutrisi apabila melancarkan NH Nutrio Gold, minuman pemakanan lengkap terbaharu yang diformulasi berasaskan sains untuk menyokong gaya hidup moden.

NH Nutrio Gold dirumus sebagai minuman pemakanan lengkap berasaskan tumbuhan yang seimbang dan sesuai untuk individu berusia 25 tahun ke atas yang mengutamakan kecergasan, kekuatan dan kesejahteraan jangka panjang.

Dengan formulasi “7 Khasiat, Cukup Satu”, produk ini memberi tumpuan kepada kekuatan otot, kesihatan tulang, penghadaman, kecergasan kognitif, kesihatan mata, jantung serta penyediaan nutrisi harian melalui gabungan 28 vitamin dan mineral penting.

Lebih daripada sekadar sihat, NH Nutrio Gold turut menawarkan pengalaman rasa yang menyenangkan. Aroma vanila yang lembut dan tekstur yang mudah dinikmati menjadikannya pilihan sesuai untuk amalan harian.

Ia tidak mengandungi sukrosa tambahan, sebaliknya menggunakan gula semula jadi rendah GI yang sesuai untuk penghidap diabetes dan mereka yang ingin mengawal pengambilan gula. Produk ini juga bebas pewarna tiruan dan bahan pengawet, sekaligus memberi keyakinan kepada pengguna yang mencari pilihan pemakanan yang lebih bersih dan selamat.

Acara tersebut turut menyaksikan pengumuman pelantikan artis versatil, Maria Cordero, sebagai Duta Jenama NH Nutrio Gold. Personaliti Maria yang positif, penuh keyakinan dan mengambil berat soal kesihatan menjadikannya wajah ideal untuk mengetengahkan mesej produk ini, iaitu bahawa nutrisi harus mudah diamalkan, berterusan dan menjadi sebahagian rutin harian.

Hadir sama sebagai tetamu istimewa ialah pelakon terkenal Malaysia, Debbie Goh, yang berkongsi pengalaman peribadi mengenai produk tersebut.

Menurut Debbie, ibunya adalah antara pengguna terawal yang mencuba NH Nutrio Gold sebelum pelancarannya di pasaran, dan sejak sebulan mengamalkannya, ibunya merasai perubahan positif dari segi tenaga dan kekuatan tubuh. Debbie turut menyatakan ibunya amat menggemari rasanya serta keberkesanan formulanya yang menyatukan tujuh manfaat kesihatan dalam satu hidangan.

NH Nutrio Gold kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons Malaysia. Dalam majlis yang sama, NH turut memperkenalkan peraduan “My Kuat Parents”, di mana pengguna berpeluang memenangi satu tin NH Nutrio Gold secara percuma dengan setiap pembelian. Peraduan ini berlangsung sehingga 5 Januari 2026, dengan 100 tin ditawarkan kepada pemenang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This