(RASMI) PRN Sabah: Persaingan sengit di DUN Tulid dimenangi calon Bebas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSAINGAN sengit melibatkan seramai 14 calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid menyaksikan kemenangan buat calon Bebas, Jordan Jude Ellron.

Jordan berjaya memperoleh 3,545 undi menewaskan pencabar terdekat iaitu Evaristus Gungkit yang mewakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dengan majoriti 1,195 undi.

Naib Ketua Wanita PKR, Datin Rufinah Pengeran yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pula hanya mendapat 1,628 undi.

Baca artikel lain: (RASMI) PRN Sabah: Shafie Apdal tepati ramalan, menang selesa di Senallang

Beberapa calon daripada parti-parti politik utama termasuk Warisan; Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula jauh ditinggalkan.

Pada PRN Sabah ke-16, kerusi DUN Tulid yang pertama kali dipertandingkan berjaya dimenangi calon STAR yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Flovia Ng dengan majoriti 544 undi.

Flovia menewaskan enam lagi calon termasuk pencabar terdekat, Matusin Bowie yang mewakili Barisan Nasional (BN).

DUN Tulid menyaksikan seramai 16,551 pengundi berdaftar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This