Banduan larikan diri ditahan semula dekat reban ayam

Dari Penulis

POLIS berjaya menahan semula seorang banduan yang melarikan diri daripada tahanan kira-kira sejam selepas dia dilaporkan hilang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang sebelumnya mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung kes tersebut pada pukul 4.25 petang.

Jelas beliau, laporan dibuat Pegawai Penjara Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Jabatan Penjara Jalan Mersing, Kluang.

“Susulan daripada maklumat tersebut, pihak polis daripada IPD Kluang bersama Jabatan Penjara Daerah Kluang menjalankan operasi mengesan dan mencari suspek yang melarikan diri.

“Lebih kurang pukul 5.30 petang, kita berjaya membuat tangkapan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 29 tahun yang merupakan banduan berkenaan di kawasan berhampiran reban ayam Kampung Sri Timur, Kluang,” katanya dalam kenyataan.

Bahrin memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 233 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular di media sosial gambar seorang individu yang didakwa melarikan diri daripada penjara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This