Albert Tei didakwa beri suapan hampir RM176,000 kepada Shamsul Iskandar

Dari Penulis

AHLI perniagaan, Albert Tei didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan memberi suapan berjumlah RM176,829.03 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Empat pertuduhan itu melibatkan kelulusan bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Albert Tei atau nama sebenarnya, Tei Jiann Cheing, 37, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan yang didakwa dilakukan pada tahun 2023 dan 2024.

Pengakuan tidak bersalah itu dinyatakan selepas tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham, saya mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan,” katanya yang hadir memakai baju T berkolar berwarna biru turquoise.

Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa memberikan suapan wang tunai RM140,000 dan kelengkapan perabot termasuk barangan lektrik bernilai masing-masing RM14,580.03 dan RM22,249 kepada Shamsul Iskandar sebagai dorongan membantu syarikat tertuduh mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Baca artikel lain: Shamsul Iskandar mengaku tak bersalah empat tuduhan rasuah lebih RM176,000

Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur dan Presint 14, Putrajaya antara 24 November 2023 dan 5 Mac 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan sementara Albert diwakili peguam, Latheefa Koya.

Shamsul Iskandar dan Albert direman enam hari bermula 29 November lalu, selepas Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM untuk melengkapkan siasatan.

Kes itu berkaitan dakwaan bahawa Albert memberi rasuah kepada Shamsul Iskandar bagi mendapatkan semula sejumlah dana yang dikatakan telah diagih kepada beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This