Pelakon Azlan Komeng diisytihar muflis & Nilam Ortiz bukan warganegara, Cik Pia tuntut saman ditarik semula selain jaminan kos RM75,000

Dari Penulis

KEMELUT saman fitnah antara pempengaruh Norsufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia dengan pasangan selebriti Azlan Komeng dan Nur Nilam Ortiz terus hangat apabila Cik Pia memohon agar plaintif dikenakan jaminan kos sebanyak RM75,000.

Permohonan itu difailkan selepas mengambil kira dua faktor utama iaitu Nur Nilam merupakan warganegara Thailand sekaligus boleh meninggalkan Malaysia pada bila-bila masa dan Azlan pula diisytiharkan bankrap.

Peguam yang mewakili Cik Pia, Datuk Adnan Seman dari Tetuan Adnan Sharida & Associates mengesahkan permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kes berkenaan melibatkan dua pihak plaintif, iaitu Norhaslinda Abdullah (Nur Nilam) dan Mohd Azlan Kamiran (Azlan) terhadap seorang defendan, Norsufia Johari.

“Prosiding ini membabitkan dakwaan berkaitan kerjasama perniagaan, penjualan produk, kenyataan di media sosial dan reputasi perniagaan.

“Justeru permohonan untuk jaminan kos oleh defendan telah difailkan pada Disember 2025 agar plaintif diarahkan membayar jaminan kos sebanyak RM75,000 dalam tempoh ditetapkan.

“Alasan-alasan permohonan adalah plaintif pertama adalah warganegara Thailand dan boleh meninggalkan negara pada bila-bila masa sahaja, manakal plaintif kedua adalah seorang yang bankrup,” katanya.

Adnan turut memaklumkan pihaknya juga memohon pembatalan writ saman serta pernyataan tuntutan oleh plaintif kedua (Azlan) dalam afidavit sokongan.

“Plaintif kedua memfailkan tindakan ketika masih berstatus bankrap. 

”Defendan percaya diaa tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Insolvensi (Sanksi) sebelum memfailkan saman ini,” jelasnya.

Prosiding saman fitnah yang difailkan Nur Nilam dan Azlan terhadap Cik Pia dijadualkan mula perbicaraan  pada 13 dan 14 Jun tahun depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Untuk rekod, pasangan itu memfailkan saman fitnah pada Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mendakwa Cik Pia mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan provokasi di media sosial.

Menurut dokumen mahkamah, kenyataan Cik Pia didakwa mengandungi unsur fitnah, tuduhan melampau, provokasi, manipulasi dan buli siber.

Kesan daripada dakwaan tersebut, Nilam mendakwa mengalami tekanan emosi lebih-lebih lagi ketika dirinya sedang hamil.

Pada 7 November lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memberikan perintah injunksi inter partes terhadap Cik Pia, melarangnya daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan pasangan tersebut.

Permohonan injunksi itu dibenarkan selepas mahkamah meneliti hujahan serta dokumen daripada kedua-dua pihak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This