Azlan Komeng bebas bankrap – “Kami berpegang teguh pada prinsip bahawa setiap pertikaian harus diselesaikan melalui saluran undang-undang yang telus dan adil. 

Dari Penulis

PELAKON Azlan Komeng berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menolak jaminan kos bernilai RM75,000 yang difailkan usahawan Norsufia Johari atau Cik Pia.

Mahkamah mengumumkan perkara itu pada 5 Mac lalu sekaligus mengesahkan Azlan bebas muflis seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Keputusan yang memihak kepada Azlan selaku plaintif itu bukan sahaja menyentuh aspek saman fitnah yang sedang berjalan, malah turut melibatkan status kewangan peribadi Azlan  yang selama ini menjadi subjek spekulasi di platform media sosial.

Dalam prosiding tersebut, mahkamah telah meneliti hujah daripada kedua-dua belah pihak sebelum memutuskan tiga perkara utama yang menyebelahi Azlan dan bekas isterinya, Nilam Ortiz. 

Pertama, mahkamah secara rasmi menolak permohonan defendan (Norsufia) yang cuba membatalkan saman difailkan oleh pihak plaintif.

Kedua, mahkamah turut menolak permohonan jaminan kos berjumlah RM75,000.00 yang dituntut oleh pihak defendan terhadap plaintif. 

Keputusan ketiga yang dianggap paling kritikal adalah pemberian kebenaran (leave) kepada plaintif untuk memulakan prosiding komital terhadap defendan berhubung dakwaan pelanggaran perintah injunksi mahkamah yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Selain kemenangan di kandang mahkamah, Azlan  turut berkongsi berita gembira apabila disahkan telah bebas daripada status bankrap. 

Perkembangan ini menamatkan segala keraguan dan dakwaan negatif yang sering dilemparkan oleh pihak tertentu bagi menjejaskan kredibilitinya sebagai figura awam.

“Kami berpegang teguh pada prinsip bahawa setiap pertikaian harus diselesaikan melalui saluran undang-undang yang telus dan adil. 

“Keputusan yang kami terima ini adalah satu bentuk pengiktirafan kepada kebenaran yang ditegakkan berdasarkan bukti yang sahih,” kata Azlan.

Kes ini bermula apabila Nilam memfailkan tindakan undang-undang terhadap Norsufia berhubung siri kenyataan yang didakwa telah mencalarkan reputasi serta kepentingan perniagaannya. 

Meskipun perintah injunksi telah dikeluarkan bagi menghalang sebarang hantaran lanjut, dakwaan pelanggaran perintah tersebut telah membawa kepada permohonan komital.

Walaupun telah memperoleh kemenangan awal, Nilam dan Azlan tetap mengambil pendekatan berhati-hati dan enggan mengulas lanjut mengenai merit kes bagi menghormati prosiding yang masih berjalan.

“Fokus utama kami adalah untuk terus bekerjasama dengan pihak mahkamah. 

“Kami tidak akan memberikan ulasan terperinci mengenai intipati kes selagi proses ini belum selesai sepenuhnya. 

“Segala-galanya akan diputuskan di dalam mahkamah berdasarkan dokumen dan saksi yang akan dikemukakan kelak,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This