Buka baju bukan gimik! Syafeek Ikhwan terangkan maksud di sebalik lagu Pernah Mati-Matian

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Syafeek Ikhwan kembali dengan single terbaharu berjudul Pernah Mati-Matian, sebuah karya ciptaannya sendiri.

Dilancarkan pada penghujung November, lagu ini membawa peminat menyelami sisi paling rapuh seorang lelaki yang pernah mencintai sepenuh hati namun akhirnya ditinggalkan dengan kekecewaan.

Menurut Syafeek, lagu itu pada asalnya mahu dijadikan dedikasi buat bekas kekasih ketika mereka masih bersama, namun hubungan tersebut berakhir sebelum karya berkenaan sempat disiapkan. 

Tetap teguh dengan permintaan terakhir insan itu, Syafeek memilih untuk meneruskan lagunya walaupun maksudnya kini sarat rasa yang jauh berbeza.

Mengulas lebih lanjut, Syafeek mendedahkan single tersebut tercetus daripada pengalaman membantu seseorang yang berada dalam keadaan emosi tidak stabil.

Dia memberikan sepenuh sokongan, namun sebaik individu itu pulih, kehadiran orang lain membuatkan dirinya tersisih dan dilupakan.

Kisah itu akhirnya diterjemahkan menjadi lagu, sebagai ruang menyembuh luka, meski pahit untuk diingati.

Visual promosi single ini yang memperlihatkan dirinya tidak berbaju, bertatu dan berada dalam tab mandi sempat mencuri perhatian ramai. 

Namun, Syafeek menegaskan ia bukan dibuat untuk mencari sensasi.

“Apabila seseorang berada dalam fasa paling gelap hidupnya, tiada apa lagi yang boleh disorok. 

“Visual itu metafora kepada keadaan saya waktu itu, raw, jujur dan rapuh,” jelasnya.

Tambah Syafeek, tatu yang kelihatan hanyalah elemen seni, bukan tatu sebenar, dan dia sentiasa menjaga batas sebagai seorang yang beragama Islam.

Pemilihan tab mandi pula melambangkan fasa dirinya yang berasa tenggelam, hanyut dan hampir hilang identiti.

Menariknya, melodi lagu itu juga dihasilkan ketika dia mengasingkan diri di dalam bilik mandi selama lebih tiga jam, sebuah memori yang akhirnya menjadi inspirasi utama keseluruhan karya.

Walaupun visual berkenaan menimbulkan perdebatan, gambar promosi Pernah Mati-Matian sudah pun mencecah hampir 100,000 engagement di platform X. 

Syafeek mengakui reaksinya terhadap kecaman kini jauh lebih matang.

“Fasa terkesan dengan hentaman netizen sudah lama berlalu. 

“Dengan sokongan keluarga dan ‘GengSyafeek’, saya lebih kuat sekarang,” katanya.

Buat masa ini, dia memberi tumpuan kepada promosi audio sebelum melancarkan visualiser rasmi yang dikatakan hampir setaraf muzik video dari aspek intensiti penceritaan.

Meski hatinya terbuka untuk mengenali insan baharu, penyanyi ini mengakui lebih berhati-hati selepas pengalaman lalu.

Dia berharap pendengar memberi peluang kepada single baharunya kerana percaya genre galau masih mempunyai tempat besar di hati peminat muzik tempatan.

“Saya harap ramai dapat mendengar single ini walau sekali. 

“Insya-Allah selepas itu, ia akan masuk playlist mereka. Untuk insan yang pernah menjadi inspirasi lagu ini, semoga dia tahu karya ini lahir daripada kisah kami berdua,” ungkapnya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This