Syafeek Ikhwan & Zazo juara Lagu Cinta Ku musim ketiga, bawa pulang RM50,000

Dari Penulis

PASANGAN Syafeek dan Zazo dinobatkan sebagai juara Lagu Cinta Kita Musim ketiga (LCK3) sekaligus membawa pulang wang tunai RM50,000.

Membawakan lagu Akhirnya Kini pasti nyanyian asal penyanyi Anita Sarawak selain single baharu berjudul Bagai Cahaya.

Sementara itu, pasangan Hariz dan Wanie yang menyampaikan lagu Akan Ku Tunggu dan lagu baharu Seribu Gundah dinobatkan naib juara. Mereka menerima hadiah wang tunai RM30,000.

Manakala Pasya dan Puteri yang membawakan lagu Kejoraku Bersatu oleh Search dan juga single baharu Cinta Sejati Aku. Mereka membawa pulang hadiah RM20,000.

Achik dan Maria pula berada di tempat keempat dan membawa pulang wang tunai RM15,000. Mereka menyanyikan lagu Jangan Pisahkan oleh Deddy Dorres dan Mayangsari serta lagu baharu Pertahan Cinta.

Episod akhir LCK3 dihoskan oleh Ain Edruce dan Sean Lee (menggantikan Kamal Adli) yang berlangsung di Studio 1, GLenmarie Shah Alam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada pukul 9 malam.

LCK3 diadaptasi daripada program popular CJ ENM Love At First Sing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This