Konsert My Chemical Romance tunda November depan, persembahan tetap berlangsung seperti biasa untuk 2 malam!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENANTIAN itu satu penyeksaan, namun bagi peminat tegar kumpulan rock ikonik dunia, My Chemical Romance (MCR), berita terbaharu ini sekurang-kurangnya memberi sinar harapan dan jawapan yang pasti.

Menerusi satu kenyataan rasmi, konsert yang menjadi bualan hangat ini telah disahkan akan berlangsung pada 19 dan 20 November 2026. 

Walaupun tarikh tersebut dirasakan masih jauh, ada berita gembira buat semua pembeli awaL tiket yang sudah berada di tangan anda tetap sah dan boleh digunakan!

Apa yang lebih membanggakan, Kuala Lumpur terus memegang rekod sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara yang bakal menyaksikan persembahan MCR selama dua malam berturut-turut. 

Jelas sekali, Malaysia mempunyai tempat istimewa di hati band ini, malah pengiktirafan tersebut tidak berubah meskipun berlaku penjadualan semula.

Memang ada magisnya di bulan November. Selain faktor kestabilan jadual jelajah dunia, suasana hujung tahun selalunya membawa aura yang lebih beremosi dan bertenaga. 

Sesuai sangat dengan muzik MCR yang sering menyentuh jiwa dan membangkitkan nostalgia.

Buktinya, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata peminat menerima berita ini dengan hati terbuka.

“Konsert hujung tahun lain macam rasanya, emosi dia lebih kuat,” kongsi salah seorang peminat yang sudah tidak sabar menunggu detik itu.

Screenshot

Buat anda yang sudah memiliki tiket, jangan panik. Anda tidak perlu melakukan sebarang tindakan segera. 

Penganjur, Hello Universe, memberi jaminan bahawa tiket tersebut akan terus diterima untuk tarikh baharu itu nanti. 

Jadi, simpan elok-elok dalam simpanan peribadi anda, ya!

Sikap matang dan setia yang ditunjukkan komuniti peminat MCR di Malaysia memang harus dipuji. 

Ramai yang memilih untuk terus ‘setia’ memegang tiket masing-masing demi melihat idola mereka di depan mata.

Bak kata salah seorang peminat:

“Tiket sama. Energi sama. Jumpa November!”

Untuk sebarang maklumat lanjut atau urusan pertukaran tiket (jika berkaitan), peminat dinasihatkan untuk terus mengikuti perkembangan daripada pihak Hello Universe.

Jumpa anda di mosh pit November 2026 nanti!


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This