“Sedang fasa kenal hati budi, doakan yang baik-baik” – Nadia Brian

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SIAPA sangka, dalam diam rupanya sedang mekar sekuntum bunga cinta? Nama pelakon jelita, Nadia Brian, kini menjadi bualan hangat netizen selepas kelibatnya dilihat bersama duda hangat, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned.

Membuka bicara mengenai status hubungan mereka, Nadia, 34, menyifatkan perkenalan yang baru mencecah usia sebulan itu sebagai fasa mengenali hati budi. 

Namun, apa yang menariknya, Nadia seakan memberi bayangan bahawa Boss Ned mempunyai ‘magnet’ tersendiri yang membuatkan hatinya terpikat.

Bukan sekadar rupa atau status, tetapi sifat kebapaan yang ada pada Nedim rupa-rupanya menjadi kunci utama.

“Dia seorang bapa yang penyayang. Tak pernah lagi saya lihat lelaki yang punya kasih sayang sehebat itu terhadap anak-anak,” 

“Kami dah pernah keluar bersama beberapa kali. Setakat ini apa yang boleh saya kongsikan, saya selesa berkawan dengan dia,”katanya kepada URTV.

Nadia juga tidak berselindung rasa terharu apabila Nedim memuat naik hantaran romantis di Instagram dengan kapsyen, ‘A little piece of my heart lives here’

Jelas Nadia, kejujuran Nedim dalam berkawan membuatkan dia selesa untuk menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.

Meskipun peminat mula ‘menjodohkan’ mereka selepas melihat foto mesra bertiga bersama anak Nedim, Mohamed Neqayl, Nadia tetap tenang. 

Baginya, status mereka yang masing-masing kembali solo tidak menghalang untuk membina ukhuwah yang lebih bermakna.

“Mengenai jodoh, saya serahkan sepenuhnya pada Allah SWT. 

“Kami baru sangat berkawan, jadi doakanlah yang baik-baik buat kami berdua,” ujarnya.

Untuk rekod, Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai pada April 2000.

Sementara Nedim pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nora Danish pada 30 Mac 2017 sebelum memilih untuk berpisah pada April 2020.

Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki tunggal, Mohamed Neqayl yang kini berusia tujuh tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MARA bangunkan modul tangani buli mental di MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama dengan pakar psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan modul khusus untuk menangani...

More Articles Like This