Lelaki parah, kanak-kanak 9 tahun antara yang cedera dirempuh ambulans terbabas di Setapak

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal cedera parah manakala beberapa lagi cedera dalam kejadian rempuhan sebuah ambulans yang terbabas di persimpangan lampu isyarat Jalan Usahawan 6, Setapak, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah van ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), dua buah kenderaan dan empat buah motosikal.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi tu, hasil siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu dari arah Wangsa Maju sedang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

Pada masa sama, katanya, sebuah van ambulans PBSM yang datang dari arah Jalan Kilang dengan lampu kecemasan dan siren diaktifkan telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat merah lalu bertembung dengan kereta tersebut.

“Akibat perlanggaran itu, van ambulans terbabas dan melanggar beberapa buah motosikal serta sebuah kereta lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Akibat kemalangan tersebut, seorang penunggang motosikal lelaki Melayu berumur 40 tahun mengalami kecederaan parah iaitu patah tulang paha kaki kanan, manakala mangsa lain termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun hanya mengalami kecederaan ringan seperti luka dan sakit di bahagian badan.

“Seorang pemandu kereta wanita Melayu berumur 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa telah menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: Editor video Awani maut motosikal terbabas di Petaling Jaya

Mengulas lanjut, Mohd Zamzuri berkata, berdasarkan semakan terhadap rakaman video kejadian yang tular di media sosial, didapati van ambulans berkenaan sememangnya memasang siren dan lampu mata arah.

Walau bagaimanapun, katanya, pemandu ambulans tersebut perlu mengambil langkah memperlahankan kenderaan semasa menghampiri dan memasuki persimpangan lampu isyarat.

Jelas beliau, kes itu masih dalam siasatan lanjut pihak polis.

“Untuk makluman, van ambulans PBSM tersebut tiada pesakit dan sedang dalam perjalanan bagi memberi respons untuk mengambil pesakit di kawasan PPR Gombak Setia.

“Dua penunggang motosikal terlibat masih belum membuat laporan polis kerana sedang mendapatkan rawatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi-saksi yang melihat kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This