Axia jatuh ke dalam sungai di Alor Setar: Pemandu ditemui lemas

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berjaya menemukan mayat pemandu kereta jenis Perodua Axia yang terjatuh ke dalam Sungai Ampang Jajar, di Persiaran Taman Jeragan, Alor Setar, hari ini.

JPBM Kedah menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, mangsa telah dijumpa berada di dalam kereta tersebut.

Pemandu kereta terbabit, Ooi Cheah Jhun, 28, yang beralamat di Taman Anggerik, Alor Setar ditemukan lemas dalam kenderaan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, kereta Perodua Axia itu ditemui pada jam 2.35 petang oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah ketika melakukan selaman.

Beliau berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas VRS 2000 untuk timbulkan kenderaan itu yang ditemui di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter.

“Hasil pemeriksaan menemukan mangsa iaitu pemandu kereta itu masih berada dalam kenderaan dan memakai tali pinggang keledar.

“Kenderaan mangsa dipercayai meluncur laju kira-kira 49 meter sebelum melanggar besi penghadang dan terjunam ke dalam sungai.

“Menurut saksi kejadian, mereka ternampak kereta itu jatuh tetapi timbul semula sebelum tenggelam perlahan-lahan dalam sungai, ” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Ismail berkata, mangsa berjaya dibawa keluar dan selesai diangkat ke tebing pada jam 2.39 petang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi dan diserahkan kepada polis pada jam 3.03 petang.

Beliau berkata, operasi penyelamatan disertai 12 anggota PPDA dari BBP Jitra dan Sungai Petani serta 19 anggota dari BBP Alor Setar.

“Operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , ” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This