Editor video Awani maut motosikal terbabas di Petaling Jaya

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PENYUNTING video Astro Awani meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dipercayai terbabas dalam kemalangan di Kilometer 457.1 Lembah Klang Baru (NKVE), semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 10.49 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 10.05 malam semasa mangsa menunggang motosikalnya dari Tapah hendak pulang ke rumah dari Bangsar.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelah kanan jalan.

“Mangsa telah terjatuh di lokasi dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Sg. Buloh. Mayat mangsa dibawa ke Forensik PPUM dan bedah siasat dijalankan pada 9 pagi esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan.

Shamsudin menambah, ketika kejadian, cuaca baik manakala permukaan jalan adalah rata selain pencahayaan gelap berlampu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This