JOHOR telah mencatatkan kutipan hasil tertinggi dalam sejarah negeri berjumlah RM2.67 bilion berakhir 31 Disember 2025, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Onn Hafiz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan, Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Johor berkata, kutipan hasil negeri itu akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, kemudahan dan kebajikan.
“Menjunjung kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas segala sokongan, panduan dan nasihat berterusan yang menekankan keutamaan tadbir urus dan kestabilan negeri demi kesejahteraan Bangsa Johor.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Negeri (ADUN), seluruh penjawat awam, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta rakyat Johor yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel lain: Kerusi DUN Johor perlu ditambah – Chin Tong
Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, Kerajaan Johor akan terus berusaha untuk melakukan yang lebih baik bagi memastikan hasil negeri dimanfaatkan secara adil dan lebih ramai bangsa Johor dapat menikmati manfaatnya.
Beliau berharap pencapaian itu menjadi titik tolak untuk Johor terus melangkah ke hadapan dengan lebih tersusun dan berdaya saing, demi menjamin masa depan negeri yang maju, makmur dan sejahtera untuk seluruh Bangsa Johor.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

