Kerusi DUN Johor perlu ditambah – Chin Tong

Dari Penulis

BILANGAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor perlu ditambah bagi memastikan jumlah wakil rakyat lebih seimbang dengan pertambahan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong berkata, cadangan itu selari dengan perubahan demografi terutama di kawasan bandar yang berkembang pesat.

“Tujuh DUN di Selatan Johor iaitu Perling, Permas, Johor Jaya, Puteri Wangsa, Tiram, Kota Iskandar dan Skudai masing-masing mempunyai lebih 100,000 pengundi.

“Malah, 17 daripada 26 kerusi Parlimen Johor mempunyai jumlah pengundi yang lebih rendah daripada satu DUN Perling sahaja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan DUN Johor di Kota Iskandar pada Isnin.

Baca artikel lain: Kerajaan tak tanggung kos delegasi perniagaan ke benua Afrika – Tunku Nashrul

Chin Tong turut menekankan bahawa kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bukanlah’ perkahwinan politik’ sebaliknya peluang membentuk tatanan politik baharu yang lebih stabil dan matang.

Beliau membandingkan keadaan sekarang dengan perubahan tatanan atau sistem politik pada era pentadbiran Tun Razak Hussein pada 1970 yang membawa pembaharuan besar kepada struktur kerajaan dan hala tuju negara.

“Kita kini berada pada satu peringkat penting untuk membina tatanan politik baharu demi generasi akan datang. Inilah asas sebenar kerjasama BN-PH,” katanya.

Beliau berharap cadangannya untuk menambah kerusi DUN di kawasan selatan Johor dapat dipertimbangkan oleh kerajaan negeri demi memastikan perwakilan yang lebih adil dan seimbang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This