JIMBA Finale 2025 Andalusia hargai 11,000 peserta, fokus martabatkan servis umrah

Dari Penulis

Program JIMBA Finale 2025 anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, sempena ulang tahun ke-23 syarikat, mencatat sambutan luar biasa apabila lebih 11,000 peserta hadir secara fizikal di seluruh cawangan Andalusia seluruh negara, dengan penyertaan keseluruhan melebihi 17,000 orang.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata penghujung tahun bukan sekadar penutup kalendar, sebaliknya peluang membina azam baharu bersama untuk memelihara amanah dan memartabatkan khidmat kepada tetamu Allah.

“Apabila jam berdetik meninggalkan 2025 malam ini, saya mahu kita semua bawa satu azam baharu, satu azam bersama-sama bahawa kita semua tidak akan jadi biasa-biasa dan tidak akan berkompromi dengan amanah sehingga 30 hingga 50 tahun akan datang,” katanya.

Menurut Ida Riswana, segala usaha pengembangan Andalusia perlu berpaksikan niat yang betul dan tekad untuk menyantuni duyufur Rahman, di samping berani berfikir lebih besar demi kebaikan umat secara keseluruhan.

“Kita tidak akan takut untuk sentiasa berfikir lebih besar daripada ini asalkan niat kita betul untuk menyantuni duyufur Rahman. Insya-Allah kita percaya apa yang kita bawa ini adalah untuk kebaikan umat,” ujarnya lagi.

Beliau menyatakan hasrat Andalusia untuk melihat umat Islam lebih megah, bangga dan gagah dalam sektor perniagaan, khususnya industri pelancongan umrah yang semakin mencabar di peringkat global.

“Saya ingin melihat umat Islam megah, bangga dan gagah di persada perniagaan. Bukti kejayaan kami adalah kerana sokongan daripada anda semua,” jelasnya mengiktiraf peranan jemaah dalam kejayaan syarikat.

Dalam pada itu, jelas Ida Riswana, penyertaan JIMBA Finale 2025 adalah antara yang paling menggalakkan.

“Penyertaan tahun ini memang sangat menggalakkan apabila lebih 11,000 peserta bersetuju untuk hadir di semua cawangan Andalusia,” katanya lagi.

Penganjuran program seperti JIMBA bertujuan memperkenalkan lebih banyak pakej Andalusia, merapatkan hubungan syarikat dengan masyarakat setempat serta memastikan jenama Andalusia diterima di seluruh pelusuk negara.

 “Tujuan utama adalah untuk memperkenalkan lebih banyak pakej dan mendekatkan kami dengan orang ramai di negeri masing-masing,” tambahnya.

Karnival JIMBA merupakan inisiatif jangka panjang selama 10 tahun bermula 2025 hingga 2035, dengan ganjaran yang dirancang semakin menarik dan bernilai setiap tahun.

Sasaran seterusnya adalah memperluas capaian jemaah sehingga mencecah 80,000 orang melalui kesinambungan pertandingan JIMBA, yang membantu syarikat memasuki kawasan baharu.

Selain itu, Andalusia merancang memperkenalkan kiosk layan diri bermula 2026 secara berperingkat, bagi memudahkan urusan pelanggan termasuk pembelian pakej umrah dan pelancongan.

“Kiosk ini akan ditempatkan di lokasi awam dan kita akan mulakan secara berfasa bermula di Lembah Klang,” ujarnya.

Penggunaan kiosk memberi kepuasan kepada pelanggan yang mahu menguruskan pembayaran dan cetakan resit secara fizikal.

Majlis tersebut turut menampilkan pelancaran dan perasmian Majalah AndalusiaKu 1448H (2026/2027) dengan inspirasi perjalanan umrah dan kisah Jemaah oleh Ida Riswana, Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Haji Md Daud Che Ngah, bersama Pengarah Urusan Andalusia, Haji Ibrahim Mat Sin. Selain itu, sesi penghargaan kepada jemaah setia, tawaran eksklusif pakej pelancongan serta pelbagai cabutan bertuah turut memeriahkan acara.

Kemuncak program berlangsung pada 31 Disember 2025 di Darul Muttaqin Home, Kuala Lumpur, di mana peserta dari Gua Musang, Kelantan, Rakiah Sulaiman, muncul sebagai pemenang utama cabutan bertuah Bonanza JIMBA. Beliau membawa pulang hadiah istimewa sebuah kereta BYD Sealion 7, menjadikan malam itu kenangan manis bagi keluarga dan peserta.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This