Yayasan MR D.I.Y. manfaatkan lebih 300,000 penerima sepanjang 2025

Dari Penulis

Yayasan MR D.I.Y. menutup tirai tahun 2025 dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya memanfaatkan lebih 300,000 penerima menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin berkata, kekuatan yayasan itu terletak pada kepercayaan dan hubungan rapat yang telah lama dibina oleh MR D.I.Y. bersama rakyat Malaysia.

“Hubungan ini membolehkan kami memahami keperluan komuniti dengan lebih mendalam, bertindak pantas dan melaksanakan inisiatif yang memberi impak sebenar serta boleh diukur, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,” katanya.

Sepanjang tahun ini, yayasan berkenaan menyalurkan hampir RM1.5 juta bagi melaksanakan sebanyak 250 program merangkumi pendidikan, pembangunan komuniti dan bantuan kemanusiaan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara organisasi berasaskan komuniti paling aktif di Malaysia.

Berasaskan kepercayaan dan hubungan erat yang dibina oleh MR D.I.Y. Malaysia sejak lebih dua dekad lalu melalui rangkaian lebih 1,400 cawangannya, Yayasan MR D.I.Y. terus menterjemahkan keakraban jenama itu dengan rakyat Malaysia kepada inisiatif berteraskan rakyat yang memberi hasil nyata.

Antara sorotan utama 2025 ialah peluasan berterusan program teras STEM Discovery on Wheels, yang kini telah melibatkan lebih 200,000 kanak-kanak di seluruh negara. Inisiatif tersebut, yang merupakan antara usaha jangkauan STEM dipacu sektor swasta terbesar di Malaysia, dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Muzium dan Pusat Sains Negara.

Program berkenaan membawa pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara praktikal terus ke sekolah serta komuniti yang kurang mendapat akses, sekali gus menyemai minat awal terhadap bidang STEM dalam kalangan kanak-kanak.

Di peringkat antarabangsa, Yayasan MR D.I.Y. turut memperluas bantuan kemanusiaannya melangkaui sempadan negara. Menerusi kerjasama dengan Batalion Malaysia terakhir di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), MALBATT 850-13, yayasan itu mengagihkan sebanyak 9,600 kit STEM kepada kanak-kanak di 48 daerah di Lubnan.

Sumbangan tersebut menyokong kesinambungan pendidikan dalam komuniti terjejas akibat konflik dan merupakan antara inisiatif global terbesar yayasan setakat ini.

Di dalam negara, Yayasan MR D.I.Y. terus bertindak pantas dan berempati dalam membantu komuniti yang memerlukan. Pengurusan kanan MR D.I.Y. turut menzahirkan solidariti apabila mengumpulkan peruntukan RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) masing-masing untuk membeli barangan keperluan MyKasih, sebelum disumbangkan kepada Home of Hope, sebuah rumah transit kendalian Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Chow Kit.

Selain itu, yayasan berkenaan turut menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir di Jeli, Taiping dan beberapa kawasan di Malaysia Timur, menyumbangkan 100 kerusi baharu kepada Hospital Duchess of Kent di Sandakan, serta membantu 100 keluarga terjejas akibat banjir besar di Kota Kinabalu, Sabah.

Menjelang penghujung tahun, Yayasan MR D.I.Y. melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Krismas tahunannya, termasuk lawatan khas ke Sekolah Dalam Hospital di Hospital Rehabilitasi Cheras. Program itu bertujuan menceriakan lebih 50 pesakit pediatrik menerusi pemberian hadiah, aktiviti interaktif dan pengisian perayaan bagi memastikan mereka terus berasa disokong walaupun menjalani rawatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lebih 14,900 penerima di enam negara nikmati manfaat Program Ihsan Korban

Semangat pengorbanan Aidiladha terus diterjemahkan melalui misi kemanusiaan apabila Pertubuhan Ihsanku Malaysia (Ihsanku) berjaya menyantuni lebih 14,900 penerima di...

More Articles Like This