Kadar pengangguran November 2025 catat 2.9%, terendah dalam 11 tahun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pengangguran pada bulan November 2025 merekodkan 2.9 peratus iaitu paras terendah dalam tempoh 11 tahun dengan bilangan penganggur adalah seramai 518,400 orang.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memaklumkan, kali terakhir kadar pengangguran berada di bawah tiga peratus adalah pada bulan November 2014.

Menurut Mohd Uzir, kedudukan ekonomi yang menggalakkan pada bulan November 2025 dilihat terus menyokong pertumbuhan yang stabil dalam pasaran buruh.

“Justeru, tenaga buruh bertambah sebanyak 0.2 peratus mencecah 17.61 orang pada bulan tersebut dengan kadar penyertaan tenaga buruh pada November 2025 tidak berubah iaitu 70.9 peratus seperti bulan sebelumnya.

“Bilangan penduduk bekerja berada dalam trend peningkatan pada November 2025, naik sebanyak 0.2 peratus kepada 17.09 juta orang berbanding 17.06 juta orang pada Oktober 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, sebanyak 74.8 peratus dikelaskan dalam kategori pekerja daripada jumlah keseluruhan penduduk bekerja pada bulan November 2025.

Baca artikel lain: 2.06 juta tenaga kerja kelulusan tinggi bekerja dalam bidang tak sepadan – DOSM

Katanya, kategori itu merekodkan pertambahan sebanyak 0.1 peratus mencecah 12.78 juta orang berbanding 12.76 juta orang pada Oktober 2025.

Bilangan penduduk bekerja sendiri meningkat

Beliau memaklumkan, bilangan penduduk bekerja sendiri juga meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 3.26 juta orang berbanding 3.25 juta pada bulan sebelumnya.

“Selain itu, bilangan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan terus menunjukkan pertumbuhan yang stabil terutama dalam aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial; perdagangan borong dan runcit serta aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman.

“Begitu juga, sektor pertanian, pembuatan, pembinaan dan perlombongan serta pengkuarian turut mencatatkan peningkatan dalam guna tenaga,” katanya.

Sebanyak 79.8 peratus daripada jumlah penganggur diklasifikasikan sebagai penganggur aktif iaitu mereka yang bersedia untuk bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan.

Kumpulan itu mencatatkan penurunan sebanyak 0.1 peratus dengan bilangannya berkurang kepada 413,500 orang.

Dalam kalangan penganggur aktif, 64.4 peratus merupakan mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan manakala mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi sethaun merangkumi 5.0 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This