Penganggur tikam sampai mati pereka dalaman sebanyak 20 kali didakwa

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang ditemukan maut dengan 20 kesan tikaman di seluruh badan di dalam sebuah pangsapuri, bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lim Wah Siong, 50, selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majsitret Shahril Anuar Ahmad Mustapa.

Tertuduh yang memakai baju kemeja-T berwarna biru yang berdiri di dalam kandang tertuduh sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin.

Pengakuan tertuduh tidak direkodkan memandangkan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa, Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah unit pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara dekat Petaling Jaya sekitar jam 9 malam pada 14 September lalu.

Justeru pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Seorang penggangur, Lim Wah Siong, 50, dituduh membunuh seorang pereka dalaman yang ditemukan mati dengan 20 tikaman diseluruh badan di dalam sebuah pangsapuri bulan lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurain Syafiqeen Mohd Rozi manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 1 pagi oleh jiran mangsa yang bimbang selepas terdengar suara pergaduhan antara mangsa dan seorang individu.

Hasil pemeriksaan awal, pihak polis menganggarkan terdapat 20 kesan tikaman di beberapa anggota badan mangsa dengan lima kesan tikaman ditemui pada sebelah kiri rusuk yang dipercayai menyebabkan kematiannya.

Enam lagi tikaman ditemui pada bahagian kepala dan sembilan tikaman pada kedua-dua pergelangan tangan.

Seorang penggangur, Lim Wah Siong, 50, dituduh membunuh seorang pereka dalaman yang ditemukan mati dengan 20 tikaman diseluruh badan di dalam sebuah pangsapuri bulan lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Susulan itu pada 21 September lepas, pihak polis menahan tiga orang lelaki berusia antara 50 hingga 61 tahun dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri sekitar jam 3 pagi.

Suspek yang tidak mengenali mangsa dipercayai memecah masuk rumah mangsa untuk melakukan samun, namun telah terserempak dengannya yang kebetulan balik ke rumah ketika itu.

Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This